Viral

‘Biasa, maksudnya?’ – Pernah tular jual pisang goreng cheese, Adib kini terbang tinggi di awan

Adib Aidil yang pernah tular dengan trademark ‘biasa, maksudnya?’ dengan menjual pisang goreng ‘cheese’  kini telah menemui kerjaya idamannya.

Adib ‘biasa, maksudnya’ dah jadi juruterbang!

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian seorang wanita dikenali Anaqah Ismail bersama pempengaruh yang juga usahawan itu  kini bergelar juruterbang bagi salah sebuah syarikat penerbangan.

Berdasarkan video berdurasi tujuh saat, wanita terbabit yang juga rakan sekerja pempengaruh itu dilihat mengusik pempengaruh berusia 25 tahun dengan trademark biasanya.

“Maaf, Encik. Adakah kamu tahu cara (bercakap) seperti ‘biasa’,”usiknya.

 

Dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut, Anaqah yang juga juruterbang berseloroh dengan mengatakan dia tidak mendapat pisang goreng ‘cheese’ dan terpaksa pergi ke Kajang untu mendapatkan ia.

“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama abang pisang cheese tetapi tidak mendapat apa-apa pada hari ini. Mungkin saya perlu pergi ke Kajang (mengeluh),”tulisnya dalam nada seloroh.

 

Video:

@anaqahif Always nice to fly with friends 🫶🏻 All the best for your IOE @dibndib #biasamaksudnya ♬ Taylor Swift megamix lyrics and song titles P2 – Silvy | Taylor Nederland

Alhamdulillah, tahniah!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata dalam kalangan warganet tumpang gembira dan meluahkan rasa senang melihat usahawan pisang goreng itu berjaya mencapai cita-cita yang diidamkannya sejak kecil lagi.

Bukan pilot tak boleh rabun ke?

Sebelum ini, bekas pelajar Akademi Penerbangan Malaysia menyatakan dia masih menanti tawaran untuk menjadi juruterbang selepas dua tahun menanti susulan industri berkenaan terkesan dengan C0VID-19.

Disebabkan itu, dia memulakan perniagaan Banana Dibs selepas menamatkan pengajian di Melaka pada Ogos 2020 dengan berbekalkan sebanyak RM500 yang diperuntukkan oleh kerajaan pada ketika itu.

Sumber: TikTok @anaqahif

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button