Hiburan

Belum sedia sepenuhnya, Iera Milpan kini tidak lagi bertudung… Mohon jangan salahkan ibu bapa

PENYANYI Iera Milpan tidak terlepas daripada menerima kecaman selepas kembali tampil tanpa memakai tudung.

Menerima baik setiap pandangan dan teguran, Iera atau Syahirah Milpan, 22, bagaimana pun berharap kata-kata tersebut tidak menyentuh kedua ibu bapanya.

“Ramai yang menegur termasuk dalam kalangan keluarga juga. Tapi mereka yang menegur itu tidak boleh nak paksa apa yang saya buat.

Iera tampil berhijab Ramadan lalu.

“Kalau nak kecam tentang penampilan, suara atau diri saya tiada masalah. Cuma tolonglah jangan libatkan kedua ibu bapa. Ada yang keterlaluan sehingga melemparkan kata-kata buruk kepada mereka,” luahnya kepada mStar.

Iera sebelum ini mendedahkan hatinya terbuka untuk mengenakan hijab pada 1 Ramadan lalu selepas mendengar ceramah berkaitan aurat.

Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram penyanyi lagu Retak Hatiku ini dilihat tidak lagi memakai tudung.

Mengakui belum bersedia sepenihnya, Iera juga menafikan tindakannya itu disebabkan tuntutan kerja.

“Saya buka tudung bukan sebab kerja, ini adalah diri saya sendiri. Mungkin sebelum ini hati saya belum bersedia 100 peratus.

“Jika orang bercakap tentang hal ini, saya juga terima dengan baik kerana ini salah sendiri,” ujarnya.

Tindakan buka tudung bukan sebab tuntutan kerja.

Iera juga lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang berkenaan penampilannya itu kerana sedar ia adalah satu isu yang sensitif.

Penyanyi ini sebaliknya berharap doa orang ramai supaya dia berubah ke arah lebih baik.

“Buat masa ini saya boleh katakan on and off bertudung. Saya tidak mahu bercakap lebih soal penampilan ini.

“Saya minta maaf kepada semua kerana ramai yang tidak suka. Saya hanyalah manusia biasa yang juga melakukan kesilapan. Doan yang baik-baik buat saya,” ucapnya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button