Hiburan

“Mak tidak keberatan untuk membuang rahim” – Mak Jenny tak boleh bangun, Nubhan cari penjaga

PENYANYI Nubhan memaklumkan ibunya iaitu Badariah Omar mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Senawang, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Cerita Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 38, dia menerima panggilan daripada kakaknya memaklumkan ibu mereka yang lebih mesra disapa Mak Jenny, 78, tidak mampu untuk bangun.

Nubhan bagaimanapun memaklumkan keadaan ibunya sudah semakin stabil selepas menerima di hospital namun perlu menerima rawatan susulan pakar.

Mak Jenny (kanan) tidak boleh bangun dari tempat tidur.

“Mak saya mengalami masalah sakit lutut dan pinggang. Biasalah orang-orang tua, kita suruh pakai tongkat dia tak mahu. Kalau nak perhatikan dia 24 jam memang tak mampu.

“Jadi kadang-kadang tu ada juga dia terjatuh. Sabtu lalu kakak saya telefon beritahu mak tak boleh bangun.

“Saya terus bawa mak ke hospital untuk menerima rawatan. Disebabkan cuti umum, doktor pakar tiada jadi kami akan bawa semula mak untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Nubhan memberitahu ibunya sudah lama mengalami sakit lutut dan pinggang berpunca daripada masalah rahim namun enggan mendapatkan rawatan di hospital.

Malah, Mak Jenny berkemungkinan perlu menjalani pembedahan untuk membuang rahim bagi mengurangkan kesakitan dialami.

“Mak sudah menerima rawatan sakit lutut sebelum ini, cuma sakit pinggang itu kemungkin berpunca daripada masalah rahim yang dialami.

Selepas saya berkongsi di media sosial, saya terima banyak DM yang ingin memohon kerja sebagai penjaga mak.

NUBHAN

PENYANYI

“Mak sendiri beritahu dia tidak keberatan untuk membuang rahim, tetapi semuanya perlu mendapat nasihat daripada doktor.

“Kami akan ke hospital lagi untuk berjumpa pakar kerana banyak faktor perlu diambil kira termasuk usianya yang sudah lanjut,” ujarnya.

Sebelum ini, Nubhan ada memuat naik video di TikTok miliknya memaparkan Mak Jenny tidak dapat bangun daripada katil dan dibawa ke hospital oleh pasukan medik.

Menerusi perkongsian video itu juga, Nubhan memberitahu dia sedang mencari seorang pembantu berpengalaman yang boleh menjaga dan merawat ibunya di rumah.

Susulan itu, Nubhan memberitahu dia menerima respon positif daripada orang ramai dan sedang membuat penilaian untuk mencari pembantu yang berkebolehan bagi menjaga ibunya yang sakit di rumah.

Nubhan mahu mencari penjaga yang mampu menjaga dan merawat Mak Jenny.

“Selepas saya berkongsi di media sosial, saya terima banyak DM yang ingin memohon kerja sebagai penjaga mak.

“Bukanlah kami adik-beradik tak mahu menjaga mak, tapi untuk memerhatikannya setiap 24 jam takut ada yang terlepas pandang.

“Lagi pun bulan depan mak akan ikut kami pergi bercuti jadi saya mahu mak dijaga dengan baik supaya dapat mempercepatkan tempoh penyembuhannya,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button