(Video) “Bila dia sudi nak bagi tu…” – Suka Wajah Comel Emirhan, Anak Anzalna Nasir Dapat Hadiah Dari Oversea.
Siapa yang tidak gembira apabila mendapat sesuatu hadiah daripada seseorang kan. Hal ini sama dengan pelakon Anzalna Nasir yang meluahkan rasa terharunya.
Menurut Anzalna, salah seorang pengikutnya di Instagram sudi memberikan hadiah kepada anak lelaki keduanya iaitu Muhamad Emirhan.
Meskipun tidak pernah bersua muka dengan individu tersebut, Anzalna tetap bersyukur dan menganggap pemberian daripada individu itu sebagai rezeki buat anak keduanya.
“Dia pengikut di Instagram saya, saya tengok dia memang berniaga, jual barangan dari luar negara, macam personal shopper, barang – barang berjenama.
“Saya tak pernah kenal atau jumpa dengan orang yang nak bagi hadiah, ini pun dia tegur saya melalui Instagram saja.
“Bila dia sudi nak bagi tu, saya rasa so sweet sangat dalam masa sama terh4ru juga. Saya anggap itu macam rezeki untuk anak saya, Emirhan.
Bertuahnya Emirhan dapat hadiah 😍
Ctto :anzalnanasir pic.twitter.com/kCbMTtVGUL
— video viral (@viralv297) December 3, 2022
“Saya pun tak sangka, ada peminat dan orang di luar saya yang suka tengok anak saya, telatah dan gelagatnya.
“Saya mula – mula tak nak terima sebab macam tak nak sus4hkan dia, tapi saya terima juga anggap sebagai hadiah. Dia kata lagi dua tiga hari baru sampai, mungkin dari overseas la tu,” ujarnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak mengambil kira sama ada kecil atau besar saiz pemberian tersebut, tetap membuatnya gembira.
“Kalau sebelum ini ada juga terima hadiah untuk anak daripada kawan – kawan, kalau yang random macam ini pertama kali.
“Kecil atau besar hadiah yang diberi saya tak kisah, asalkan dia ikhlas bagi anak saya, more than happy,” tambah Anzalna lagi.
Terdahulu, Anzalna memuat naik status Insta Story memaklumkan anak keduanya bakal menerima hadiah daripada seseorang.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda