Hiburan

Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar

DESAS-DESUS yang bertebaran mengenai keretakan rumah tangga pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin rupa-rupanya adalah benar.

Ia dibuktikan apabila Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Petaling, Selangor pada pagi Jumaat bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Kisah rumah tangga Fattah dan Fazura sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial.

“Ya, Fazura sudah memfailkan penceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah sebaliknya urusan tersebut dibuat oleh wakil peguam.

“Buat masa ini punca penceraian tidak didedahkan,” kata sumber.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fattah tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.

Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button