Hiburan

“Tiada Ada Apa Yang Perlu Kami Sembunyikan..” Nad Zainal Resp0n Isu Pergi Bali Dengan Ungku Ismail

Belum habis kisah percer4ian yang mengejvtkan ramai, dramatis popular Nad Zainal kini mengundang perhatian khalayak apabila kerap menjaja momen mesra bersama pelakon lelaki, Ungku Ismail termasuk ketika sama-sama berada di Bali, Indonesia baru-baru.

Keakraban dan keterbukaan Nad bersama pelakon  yang popular dengan naskhah Teman Lelaki Upahan itu bahkan menimbulkan dakwaan ramai, kononnya mereka kini sedang menjalin asmara. Malah, keseraian mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada peminat.

Tidak berniat menyembunyikan situasi sebenar, Nad menjelaskan, pem3rgiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi.

 

“Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi.

“Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu.

“Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media s0sial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung).

“Kita memang seng4ja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok,” katanya.

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama.

Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

“Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta.

“Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube.

“Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama.

“Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama.

“Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama,” katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Denu di sebuah hotel di sini, semalam.

Filem berkisar kehidupan Primadona Mak Yong itu diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Selain Nad yang memegang watak Asmah, filem menelan kos RM1.8 juta dibintangi pelakon handalan seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Nad mengakui lebih tenang dengan kehidupan sekarang sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata selepas perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin sekitar bulan lalu.

Tiada niat untuk berasa riak dengan status tersebut, Nad menjelaskan hidupnya tetap gembira bahkan hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak juga berjalan baik seperti sebelum ini.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada 18 Disember 2015 dan mengumumkan perceraiannya pada 3 September lalu.

Sumber: BH, Kosmo online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button