Hiburan

Tahniah! Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

PELAKON Ardell Aryana selamat melahirkan anak kedua secara normal di Pusat Perubatan Anddora, Seri Kembangan, Selangor pada pagi Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, menerusi laman Instagram miliknya yang memaparkan keadaan isterinya di katil hospital.

Berkongsi lebih lanjut, Nadzmi memberitahu Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, selamat melahirkan anak mereka secara normal dan kedua-duanya dalam keadaan baik.

Ardell selamat lahirkan anak kedua.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada 25 Julai jam 12.58 awal pagi tadi.

“Terima kasih doa yang baik-baik semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak sihat,” kongsinya.

Bagaimanapun jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Pasangan ini memiliki seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button