Hiburan

( Video) Sayunk I Love You hampir raih 3 juta views hanya 2 minggu, ramai boleh ‘terima’, kaki auto gerak2

Boleh dikatakan platform TikTok kini menjadi tempat paling hangat digunakan oleh warganet. Pelbagai lagu yang berjaya bermain-main di fikiran pendengar juga tular dikongsikan oleh pengguna platform tersebut malah salah satu lagu terbaharu berjudul Sayunk I Love You ini juga hangat diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.

Lagu terbabit berjaya menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut apabila terdapat juga cabaran berbentuk tarian dan dijadikan lagu latar sebuah content dalam video mereka. Meskipun begitu, ternyata tidak hanya di platform tersebut sahaja mencuri tumpuan warganet malah di YouTube juga ternyata lagu ini telah meraih jutaan tontonan.

Sekadar info, pemilik suara lagu Sayunk I Love You merupakan penyanyi baharu yang dikenali sebagai Chombi. Lagu terbabit telah dilancarkan sejak dua minggu lalu di platform YouTube yang tidak sekadar meraih jutaan tontonan malah juga trending nombor satu.

 

Muat naik di YouTube Padu Records tersebut bagaimanapun dihujani dengan reaksi positif oleh warganet yang turut mengucapkan tahniah kerana trending nombor satu.

“Tahniah, trending no.1”

“Ku ulang ulang”

“Dah 162 kali ulang”

“Sedapnya suara Chombi”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button