“Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,” – Nabil Ahmad
PETALING JAYA – Pengacara konsert Gegar Vaganza (GV), Nabil Ahmad secara berseloroh bertanya bilakah Jihan Musa akan kembali mengemudi rancangan itu.
Difahamkan Nabil berseloroh demikian apabila rakannya, Elly Mazlien atau Kak Lina kelihatan terlalu ‘hyperaktif’ setiap kali mengacarakan konsert yang memasuki minggu ke-6 itu.
“Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Makan lah ikan haruan banyak-banyak. Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,” ujarnya sebentar tadi.
Sebelumnya, Kak Lina seperti biasa menunjukkan ‘perangai’ aktif di atas pentas setiap kali menegacarakan konsert kegemaran ramai itu.
Rata- rata pengguna media sosial turut bersetuju malah ada yang inginkan gabungan Nabil-Lina terus dikekalkan untuk musim akan datang.
“Kadang tengok Kak Lina terlalu aktif ni menyampah juga, tapi secara jujurkan aku tengok rancangan ni sebab dia,” tulis @paksuirfan.
“Akao terus eh kau Nabil, depan-depan dia bagi. Tapi bagi aku GV kali ni menarik sebab Kak Lina ada,” jelas @eg9muor.
“Lucu dengan telatah pasangan ni, lagi elok gabung je Kak Lina, Nabil dan Jihan lepas ni. Tengok apa berlaku,” kata @zaibdiyusoff.
Sumber : Kosmo online
Foto: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda