Hiburan

“Semoga perkara sama tidak berulang” – Nora Ariffin dan Dr Rushdi rujuk semula selepas sebulan umum cerai

SELEPAS sebulan mengumumkan penceraian, penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli sudah kembali rujuk.

Kata Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, proses rujuk itu dilakukan tidak lama selepas dia diceraikan oleh suami.

Jelas Nora, dia memaklumkan perkara ini kerana ingin mengelakkan daripada fitnah terutamanya dalam soal tempoh edah.

Nora sebelum ini berkongsi video dia diceraikan oleh suami.

“Alhamdulillah dengan kuasa Allah, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.

“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya.

Dalam pada itu, Nora turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka suami isteri dan dijadikan pengajaran buat semua.

“Semoga perkara sama tidak berulang,” ujarnya.

Pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button