Hiburan

“Saya masih bekerja dan isteri yang duduk rumah” – Usop ditudvh makan duit isteri, tak suka duduk rumah goyang kaki

MENYEDARI kisah peribadinya sering menjadi perhatian, penyanyi Usop bagaimanapun enggan ambil pusing tuduhan segelintir pihak kononnya dia tidak bekerja dan hanya bergantung pendapatan isteri.

Kata Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 26, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami mencari rezeki buat keluarga.

“Saya masih bekerja dan isteri yang duduk rumah. Saya tahu tanggungjawab sebagai suami. Tak mungkin saya hanya duduk rumah seperti mayat hidup.

Fatihah menjawab tuduhan suaminya tidak bekerja.

“Saya juga bukanlah seorang yang suka goyang kaki tanpa buat apa-apa. Kalau tiada sebarang tawaran persembahan sekali pun saya akan usaha cari rezeki.

“Jadi kalau yang kata saya hanya makan duit isteri, itu memang tidak benar,” katanya kepada mStar.

Usop mengulas mengenai perkara itu selepas isterinya iaitu Nur Fatihah Md Hashim menjawab soalan netizen yang menuduh suaminya tidak bekerja.

Tambah Usop lagi, mereka yang membuat tuduhan itu tidak memahami kerjaya seorang artis.

“Sejak dahulu lagi ramai yang mudah bercakap buruk, jadi saya enggan ambil peduli sekiranya perkara itu tidak ganggu kehidupan harian.

Jadi kalau yang kata saya hanya makan duit isteri, itu memang tidak benar

USOP

PENYANYI

“Lagu baru saya masih menduduki carta di kebanyakan stesen radio, jadi tak mungkin tiada tawaran persembahan.

“Syukur masih ada yang panggil saya untuk buat persembahan. Saya bukanlah suka makan duit isteri,” tegasnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gelora ini memberitahu dia juga tidak memilih dalam menerima tawaran kerja selagi pihak penganjur menawarkan harga berpatutan.

Usop bersyukur namanya masih menjadi sebutan.

“Sekarang ini penyanyi dah ramai, influencer pun ramai, jadi saya tak boleh nak terlalu memilih tawaran kerja. Kalau ada rezeki saya akan terima.

“Bagaimanapun tidaklah rembat semua. Rasanya mana-mana penganjur pun tahu untuk meletakkan harga. Saya ada lagu baru dan mereka tahu letakkan harga,” jelasnya.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button