Hiburan

Selepas Jamal Abdillah, Ummi Nazeera pun umuk tarik diri dari Muafakat Nasional. Ini Sebabnya

Kuala Lumpur: Pelakon Ummi Nazeera, 32, turut mengikut jejak penyanyi Datuk Jamal Abdillah apabila mengumumkan pengundurannya dari pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN).

   Ummi menerusi perkongsian di Instagram berkata, keputusan itu dibuatnya selepas mengambil kira kegusaran daripada peminat-peminat serta pihak-pihak berkepentingan.

   “Saya akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga saya. 

 “Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik saya dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” tulisnya. 

   Pada 15 Disember lalu, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama  Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

   Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.

    Sementara itu, suami Ummi iaitu Dr Mohd Izzar Anwari berkata, dia mengambil maklum mengenai tular berkaitan isterinya menyertai MN sebagai ahli.

   “Pertubuhan MN ini bukannya parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti Umno dan Pas yang dibentuk pada 2019. Selepas saya amati, pertubuhan ini berpegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat.

 “Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, dia perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platformnya untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.

   “Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalangnya. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” katanya.

‘Lebih baik saya neutral’- Jamal Abdillah tarlk diri dari Muafakat Nasional

   Terdahulu, Jamal Abdillah mengumumkan pengunduran dirinya dari MN atas alasan prinsip dirinya tidak sesuai terbabit perihal sebegitu.

Jelas Jamal, beliau memaklumkan ramai peminatnya yang menyuarakan pandangan agar menarik diri dari dunia politik.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin menarik diri dan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur. Saya menginginkan semua orang menyukai saya yang mana, peminat saya juga berada dalam parti-parti politik, sedangkan ramai meminta saya menarik diri.

“Keluarga, sahabat dan peminat-peminat mohon saya melakukan itu. Saya pun berpendapat lebih baik saya neutral dan kalau ingin melontarkan pandangan, biarlah dengan cara yang tersendiri,” katanya kepada portal Harian Metro.

Penyanyi berusia 63 tahun itu turut berterima kasih kepada pihak MN yang menawarkan peluang menyertai NGO itu dalam usaha memperjuangkan kemakmuran negara.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang menjemput saya menyertai MN dan yakin dengan diri saya. Memang sebagai bapa dan ketua keluarga, tiada lain yang saya inginkan untuk negara yang tercinta melainkan sebuah negara aman, bersatu padu, makmur, dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu, Jamal antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN memaklumkan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa sendiri menjemputnya menyertai NGO itu.

Sumber: HM, Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button