Hiburan

Isu Poligami, Azhar Sulaiman Cuba Letak Diri Di Posisi Isteri Pertama – “Aku Boleh Terima Ke Chempaka Nak Ada Boyfriend?”

Pelakon Azhar Sulaiman menyifatkan isu berkahwin dua sehingga menjadi viral dalam kalangan netizen sebagai hal yang tidak baik untuk dipertontonkan.

Menurut Azhar, kaum lelaki tidak sepatutnya berasa hebat dengan meletakkan dirinya sebagai ‘mampu’ untuk mendirikan masjid lebih daripada satu.

“Nak kahwin empat pun gasaklah. Tapi jangan menunjuk yang diri itu berjaya berkahwin dua, empat, lima.

“Saya pernah meletakkan diri saya dalam ‘kasut’ isteri pertama. Oh, boleh ke saya terima? Boleh ke saya terima kalau isteri saya, Chempaka nak ada boyfriend? Boleh terima ke?” katanya kepada Gempak.

Azhar mengulas mengenai insiden melibatkan pempengaruh Alif Teega yang mengumumkan mengenai pernikahan keduanya baru-baru ini.

Melanjutkan bicara, Azhar berkata, sungguhpun dia merupakan lelaki tulen dan tidak menolak jodoh untuk bernikah lain, namun, dia masih berpegang pada prinsip yang berkahwin banyak tidak perlu diangkat sebagai satu kejayaan.

“As much as saya lelaki tulen, saya tidak tolak jodoh kahwin dua atau tiga, kita tidak sepatutnya angkat kejayaan berkahwin banyak.

“Apa perasaan isteri pertama, kedua, ketiga? Kita tak pernah tahu ke? Mereka (isteri) sebab nak patuh dengan suami dan nak masuk syurga… tapi kesian. Saya rasa hal ini tidak patut dipertontonkan… ia tidak bagus untuk masyarakat,” katanya lagi.

Sumber:  Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button