Hiburan

“Saya dah kena dua kali” – Ikhwan Fatanna dipersalahkan ‘Berakhirlah Pencarianku’ tukar penyanyi, hanya tahu sehari sebelum sidang media SFMM37

Ikhwan Fatanna minta peminat tidak menyalahkannya berhubung penukaran penyanyi di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37).

Kata Ikhwan, 32, dia sendiri hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut sehari sebelum sidang media pengumuman senarai 30 buah lagu yang berlangsung pada petang Jumaat lalu.

Malah dia sendiri turut bersedih dengan keputusan dibuat oleh pihak pengurusan.

“Mohon jangan salahkan saya… kenapa ada yang marah saya tentang lagu Berakhirlah Penarianku? Saya juga besedih tapi saya berusaha untuk berdamai dengan keputusan yang dibuat.

Ikhawan Fatanna minta peminta jangan menyalahkan dirinya.

“Sampai hati marah dan salahkan saya? Iyalah kita kerja belakang tabir sahaja, bukan penting pun. Tak apalah reda.

“Saya dah kena dua kali. Sebelum ini dengan lagu Coretan Pilu dan kali ini lagu ini pula, pastinya saya kecewa,” katanya.

Lagu ciptaan bersama Wan Saleh dan Datuk A. Aida itu dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Hafiz Suip.

Bagaimanapun, tugas menyampaikan lagu tersebut di SFMM37 diberikan kepada Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq.

Saya juga besedih tapi saya berusaha untuk berdamai dengan keputusan yang dibuat.

IKHWAN FATANNA

KOMPOSER

Dalam pada itu, Ikhwan berkata, apa yang berlaku adalah di luar kawalannya meskipun sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya ketika mencipta lagu berkenaan.

Jelasnya, dia juga perlu menjaga hati banyak pihak terutama peminat dan syarikat rakaman yang membantu mempromosikan lagu tersebut.

“Saya menjaga hati semua orang… peminat yang mengundi lagu ini, syarikat rakaman yang bantu promosi dan beri peluang kerja pada saya, Hafi, dan Ernie yang juga sahabat saya.

Wani dan Syafiq bakal menyanyikan lagu Berakhrilah Pencarianku di SFMM37.

“Penyanyi ganti iaitu Wani dan Syafiq juga kawan-kawan saya. Jadi jagalah juga hati saya dan pencipta lagu bersama, Wan Saleh serta lirik daripada Datuk A. Aida,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai komposer menjadi impiannya untuk melihat gandingan Hafiz dan Ernie membawa lagu tersebut namun reda dengan keputusan pihak pengurusan.

Terdahulu, Ernie turut mengesahkan tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas SFMM37 selepas dimaklumkan pihak pengurusan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button