Hiburan

“Dia kelam kabut cari tudung nk dipakai…” – Risau Isteri Buka Semula, Ini Nasihat Pekin Buat Isterinya Mona Allen

Pelakon, Pekin Ibrahim, meluahkan rasa syukurnya apabila isteri, Mona Allen, mengambil keputusan untuk bertudung dengan rela hati sejak beberapa bulan lalu disamping berharap agar isterinya itu untuk terus beristiqamah.

Memetik laporan daripada Harian Metro, Pekin yang popular menerusi filem Mat Moto itu turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah menggesa isterinya untuk membuat perubahan secara drastik. Sebaliknya, mahu Mona melakukannya dengan rela hati.

Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung.

Tambah Pekin lagi, dia berasa sangat bersyukur dengan perubahan penampilan isterinya itu namun, menasihatkan agar Mona untuk tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikec4m netizen.

Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila.

Alhamdulillah, kami pun turut gembira tengok penampilan baru Mona Allen dan kami doakan agar Mona terus istiqamah untuk terus berhijab.

Terdahulu, penantian empat tahun Mona dan suami untuk bergelar ibu dan bapa akhirnya menjadi kenyataan selepas selamat menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada pukul 2.39 pagi, 31 Ogos lalu.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Sumber: OhMedia

Kredit: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button