Hiburan

Syahir jawab tuduhan tiada fungsi, masih sebumbung dengan keluarga… Shila Amzah tunggu masa sesuai jumpa ibu

ADIK kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syahir masih tinggal sebumbung dengan ibu bersama dua adik-beradiknya yang lain meskipun keluarga mereka sedang dilanda masalah.

Syahir atau Amir Syahir Amir Amzah, 28, berkata, hubungan bersama ibu serta abang dan adiknya juga tidak terjejas selain mengambil pendekatan tidak masuk campur atas isu yang sedang berlaku.

Menurut Syahir, dia dilihat sebagai ‘tiada fungsi’ kerana merasakan tidak berhak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu yang melanda.

“Saya masih tinggal serumah dengan emak, abang dan adik saya, tapi menuju ke hujung minggu saya akan tinggal bersama kakak (Shila) sebab ingin fokus Famili Duo.

Syahir dan Shila memberi persembahan bertenaga meskipun berdepan masalah teknikal.

“Tentang isu itu, saya tak ada hak untuk bercakap mengenainya… Ia lebih kepada masalah kakak saya dengan mereka.

“Tapi hubungan saya dengan ahli keluarga termasuk emak masih sama. Saya pegang, keluarga tetap keluarga. Kalau saya komen pun isu ini tidak akan ke mana juga,” katanya kepada mStar.

Syahir berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu pertama Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Sedia maklum namanya dipetik dalam video siaran langsung abangnya iaitu Amir Syafiq, Syahir berkata dia tidak menonton kerana sibuk dengan persediaan minggu pembukaan FD3.

Syahir bagaimanapun memaklumkan selepas kekecohan melibatkan ahli keluarga, dia lebih banyak berkomunikasi dengan Syada malah ada mengajak ahli keluarganya hadir ke studio menonton FD3.

Buat masa sekarang ini saya mengambil keputusan berdiam diri dan biarlah perkara ini reda dulu… Sebab semua perkara memerlukan masa.

SHILA AMZAH

PENYANYI

“Saya sebenarnya sampai ke hari ini tak tengok video siaran langsung itu… Tambahan pula kakak banyak beri saya homework untuk FD3, jadi saya tak fokus benda lain.

“Tapi selepas kekecohan itu, saya banyak berkomunikasi dengan Syada sahaja manakala yang lain saya tak bercakap sangat mungkin sebab saya sibuk dengan FD3… Banyak bersama Shila berbanding duduk di rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Shila memberitahu buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri daripada mengulas isu melibatkan keluarga dan berharap agar kemelut itu akan segera berakhir.

Syahir dan Shila berharap isu melibatkan keluarga mereka segera berakhir.

Shila juga tidak menolak untuk bertentang mata dengan ibunya, Fauziah Sarman bagi menyelesaikan salah faham di antara mereka namun membiarkan masa menentukan.

“Buat masa sekarang ini saya mengambil keputusan berdiam diri dan biarlah perkara ini reda dulu… Sebab semua perkara memerlukan masa.

“Saya tak nak paksa benda yang tidak sepatutnya berlaku sebab biar benda itu berlaku secara semula jadi. Kami berdua hanya boleh berdoa agar perkara ini segera berlalu.

“Emak mestilah (berjumpa) cuma waktunya bila itu biarlah masa dan jodoh yang menentukan,” ujarnya.

Shila tunggu masa sesuai jumpa ibu bagi merungkai masalah yang berlaku di antara mereka.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button