Tvlar masa wajah cengkung dan susut jadi perhatian ramai, Tk sangka ini yg Sarah lalui
Sedia maklum, kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sejak beberapa bulan yang lalu menjadi perhatian ramai.
Ia semuanya menjadi kecoh apabila Sarah mendedahkan kecurangan Syamsul bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar yang sudah berlaku selama 4 tahun lalu.
Antara sebab pelakon terbabit menyebarkan hal tersebut di dalam media sosial kerana nombor telefon sudah pun disekat oleh suami dan ‘orang ketiga’ terbabit sering menganggu hidupnya.
Kebanyakkan netizen menyebelahi Sarah, namun ada juga yang merasakan tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu seolah-olah membuka aib semua dan dirinya tidak perlu bercerita hal rumah tangga kepada umum.
Terbaharu, tular semula satu video lama ketika tahun 2020 memperlihatkan keadaan Sarah yang sangat kurus serta cengkung di bahagian mukanya.
Susulan video terbabit telah tular di platform TikTok, rata-rata netizen berpendapat pelakon tersebut telah mengharungi satu detik hitam dalam hidup dan kini adalah masa untuk dia bangkit serta melawan segala perkara yang telah dilakukan oleh suami serta Ira kepadanya.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersyukur melihat keadaan Sarah ketika ini sudah semakin baik dan kelihatan lebih bahagia daripada sebelum ini.
Menerusi perkongsian dari mStar, Ustazah Asma’Harun sempat bercerita mengenai usaha wanita tersebut yang cuba menyelamatkan rumah tangga. Block setahun, memang tidak wajar sebab di situlah komunikasi.
Walau diduakan, waktu itu Sarah masih ada rasa sayang kepada Syamsul dan tetap mahu mempertahankan kehidupan mereka. Tidak sempat bersemuka kerana komitmen kerja, penceramah ini hanya memberikan tips, doa dan juga zikir.
Di samping itu, dia menegaskan perbuatan suami atau isteri menyekat pasangan masing-masing adalah tidak wajar kerana di situlah terletaknya pintu komunikasi. Puteri Sarah dah cuba macam-macam, tapi sekarang air mata dah takde.
Menerusi ruangan komen, ramai yang sebak mengetahui betapa kerasnya Puteri Sarah berusaha menyelamatkan pernikahannya tanpa berputus asa dari awal. Pun begitu, mereka yakin mungkin sudah sampai masanya wanita tabah ini mengutamakan kebahagiaannya sendiri.
Menerusi ruangan komen, ramai yang sebak mengetahui betapa kerasnya Puteri Sarah berusaha menyelamatkan pernikahannya tanpa berputus asa dari awal. Pun begitu, mereka yakin mungkin sudah sampai masanya wanita tabah ini mengutamakan kebahagiaannya sendiri.
LIHAT VIDEO DISINI
Sumber : beautifulnara dan mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda