Viral

Sakan berj0li guna kad ATM milik warga emas, siap bawa isteri beli iPhone… p0lis giat bvru suspek

KISAH pasangan dipercayai suami isteri yang didakwa menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas kecoh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada mgsa dan kini sedang giat membvru suspek terlibat.

“Pada 27 Mac 2023, polis menerima laporan daripada lelaki tempatan yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun.

“Pengadu mengatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali.

“Siasatan telah dibuka. Usaha untuk mengesan suspek juga telah dibuat,” ujar Polis Kuala Langat menerusi satu kenyataan media.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, mStar melaporkan mgsa mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya ‘lesap’ dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad ATM miliknya, baru-baru ini.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter, difahamkan kejadian berlaku ketika mgsa cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.

Namun tanpa disedari mgsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mgsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.

Suspek kemudiannya cuba membantu dan didakwa menukar kad mgsa dengan kad berlainan ketika kejadian.

Suspek didakwa membuat sebanyak 23 transaksi termasuklah membeli telefon iPhone 13 Pro Mac di sebuah kedai komunikasi di Kapar.

Resit pembelian gajet itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek turut ditularkan di media sosial.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button