Viral

Boss Kay jawab tuduhan enggan azan, daftar nama anak… dakwa isteri ada gangguan ment4l- “Nyaris nak kemal4ngan”

PERSONALITI media sosial Azlee Abd Aziz yang sebelum ini dianggap tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anaknya yang baru lahir tampil menjawab tuduhan berkenaan.

Azlee yang lebih dikenali sebagai Boss Kay di TikTok berkata dia telah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang, pada Khamis untuk urusan pendaftaran nama anak lelakinya yang lahir pada Jamuari lalu.

Dia turut berkongsi video menunjukkan dirinya berada di pejabat JPN dan memalumkan urusan mendaftarkan nama anaknya telah selesai.

“Alhamdulillah proses pendaftaran nama Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN. Cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.

Kisah yang dikongsi Cik Pia menjadi perhatian netizen.

“Boleh dikenakan hukuman ya, hati-hati,” katanya menerusi video itu, menunjukkan dia berada di Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, JPN negeri Pahang.

Ketika dihubungi mStar, Boss Kay menceritakan tentang dirinya yang sebelum ini berdepan pelbagai tudvhan dan pandangan negatif warganet yang mana dia mendakwa ia berpunca daripada penyakit yang dihidapi isterinya Norsufia Johari.

Norsufia atau lebih dikenali sebagai Cik Pia juga merupakan personaliti media sosial dan dikatakan berdepan masalah kesihatan ment4l sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

“Kejadiannya macam ni, saya berdepan dengan isteri yang ada ganggun ment4l. Bila sakit menyer4ng sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini sedangkan dia sendiri tulis mengenai masalah kesihatannya di Facebook pada tahun 2021.

Sepatutnya kalau nak saya balik ke rumah, buat la content baik-baik, bukan hlna dan fltnah saya.

BOSS KAY

“Apabila sakitnya datang, saya diugvt setiap hari. Dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi apabila berlaku kejadian demi kejadian, saya jauhkan diri (supaya wanita itu tenang),” dakwanya.

Bercerita lanjut, TikTok Guru itu berkata mereka tidak tinggal sebumbung sekitar November tahun lalu kerana masalah berkenaan.

“Contoh saya kat pejabat, dia hubungi suruh balik. Jarak perjalanan rumah dengan pejabat dalam 30 ke 40 minit. Bila balik rumah, dia kata dah baik (penyakitnya). Saya kena banyak kali sampai nyaris nak kemal4ngan,” dakwa Boss Kay lagi yang banyak memberi kursus TikTok kepada orang awam menggunakan tanda pagar #sahabatbosskay.

Untuk rekod, kisah rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila Cik Pia mendedahkan suaminya enggan mengazankan anak mereka yang baharu dilahirkan.

Kisah itu bertambah hangat apabila si isteri mendakwa suaminya juga tidak mahu memberi kerjasama untuk mendatarkan nama si kecil itu di JPN.

Mengulas lebih lanjut isu pendaftaran nama anak mereka, Boss Kay menempelak netizen yang banyak mengecamnya tanpa mengetahui hal sebenar.

Kata Boss Kay, memandangkan dia masih mempunyai masa mendaftarkan nama anak kerana tempoh yang ditetapkan JPN ialah 60 hari.

Boss Kay aktif memberi kursus TikTok kepada orang awam.

“Saya bukan tak nak daftar, tapi dia (isteri) tak jawab call saya. Sebab saya minta dokumen, minta untuk hantar ke pejabat tapi dia tak bagi kerjasama. Sekarang ni (pagi Khamis) baru keluar JPN selepas selesaikan dokumen.

“Nak daftar nama anak tak ada masalah cuma menanti waktu tak sibuk.

“Lagipun belum sampai 60 hari tempoh pendaftaran. Jadi saya rasa netizen menafikan hak saya sebagai bapa, sebab hak saya 60 hari. Kalau lepas tempoh sekali pun, denda baru RM10. Kad pengenalan saya dah bagi, mereka akan key in dan sijil akan diserahkan kepada ibu.

Pendedahan Cik Pia baru-baru ini menyebabkan kisah itu menjadi perhatian ramai.

“Kena tunggu ibu selesai. Sebab tadi dia kat JPN Putrajaya, saya dekat JPN Kuantan. Dah settle, tinggal nak ambil saja,” ujarnya lagi.

Akhir bicara, Boss Kay turut memberi bayangan tentang perjalanan rumah tangga mereka, namun menunggu waktu yang sesuai untuk membincangkan isu tersebut bersama Cik Pia.

Sebahagian posting Cik Pia menerusi Facebook pada tahun 2021.

“Pesanan saya pada dia, sepatutnya kalau nak saya balik ke rumah, buat la content baik-baik, bukan hina dan fitnah saya,” ujarnya lagi.

Cik Pia pernah bercerita mengenai masalah gangguan mental yang dihadapinya menerusi posting di Facebook bertarikh 23 April 2021.

Dalam posting itu, Cik Pia berkata dia mengalami depresi teruk serta berdepan bipolar disorder akibat perceraian terdahulu serta bisnes yang jatuh merudum.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button