Viral

Kec0h penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider 0KU bersuara – “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ISU membabitkan tugas rider penghantar makanan tidak pernah habis diperdebatkan netizen.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita mempertikaikan mengapa rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan tidak menghantar pesanan di hadapan rumahnya memandangkan lokasi kediamannya bukanlah kawasan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Susulan tersebarnya video berkenaan, rata-rata netizen turut berdebat di media sosial dengan hujah masing-masing.

 

Sebahagiannya mengatakan rider harus menghantar makanan hingga ke depan rumah pelanggan kerana ia termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP) syarikat penghantaran makanan itu sendiri.

Namun sebahagian yang lain mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja dan tidak perlu naik ke tingkat atas jika pelanggan tinggal di kediaman bertingkat tinggi.

Dalam pada itu, ada juga berpendapat, pelanggan perlu bertimbang rasa dan perlu turun sendiri ke bawah untuk mengambil pesanan mereka daripada rider.

Susulan isu ini, seorang rider turut berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya.

Call tak jawab, bayar COD, cancel order. Macam mana nak buat? Ya kak, saya naik sampai tingkat 17 dah ni,” tulis rider berkenaan pada satu perkongsian video yang memaparkan dirinya memakai kaki palsu di sebelah kiri.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga melebihi 317,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, dengan rata-ratanya turut memberikan sokongan kepada rider berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki bernama Lukmanulhakim Mustaffa itu berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman sebagai seorang rider khususnya yang berstatus OKU kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya ‘pukul rata’ jika ada isu membabitkan segelintir rakan seperjuangannya.

Akim kehilangan kaki kiri dalam satu kem4l4ngan jalan raya pada 2015.

“Setiap rider mempunyai cabaran yang tersendiri. Seperti saya yang OKU, cabaran yang dihadapi saya adalah kerenah pelanggan dan nak sesuaikan dengan keupayaan saya.

“Saya pakai kaki palsu, memang mencabar sebab tak boleh pakai lebih empat jam. Kena rehatkan bila dah lama pakai. Kalau pakai terlalu lama pasti melecet dan luka.

“Jadi bila perlu hantar pesanan pada pelanggan yang tinggal di kondominium atau apartment, saya selalu beritahu status sebagai OKU dan minta jasa baik untuk sesiapa turun ambil pesanan.

“Tapi ada yang tak faham. Bila dapat yang tak faham, saya cuba berkomunikasi sehabis baik. Kalau gagal, terpaksa gagahkan juga naik sebab nak sampaikan amanah kepada pelanggan,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa Akim, sepanjang bergelar rider sejak pertengahan 2021, pelbagai kerenah pelanggan yang ditemui namun semuanya dihadapi dengan tabah demi mahu mencari pendapatan untuk menyara keluarga.

Pernah seorang pelanggan marah order dia lambat. Saya minta maaf dan cakap saya OKU dan selak seluar, dia tergamam bila tengok kaki kiri saya yang berbesi.

AKIM

RIDER FOOD PANDA

“Bila jadi OKU ni, memang susah nak dapat kerja. Pernah beberapa kali permohohan kerja ditolak kerana majikan mahu yang sempurna fizikal. Jadi saya ambil keputusan untuk jadi rider.

“Kerenah pelanggan adalah perkara biasa. Pernah seorang pelanggan marah order dia lambat. Saya minta maaf dan cakap saya OKU dan selak seluar, dia tergamam bila tengok kaki kiri saya yang berbesi. Terus terdiam.

“Ada yang salah ‘pinned’ lokasi, beri alamat salah, dan tak ada wang kecil kalau pilih kaedah ‘cash on delivery’ (COD).

“Yang cancel dan prank order tu biasa. Mula-mula ‘koyak’ (bengang) juga. Lama-lama dah biasa,” ujarnya yang kehilangan kaki pada 2015 kerana kemalangan jalan raya.

Sungguhpun begitu, Akim yang sudah mendirikan rumah tangga menambah, dia tidak mahu menjadikan status sebagai seorang OKU membataskan pergerakannya meskipun kerap berdepan dengan pandangan ‘aneh’ orang ramai.

“Kalau saya pakai seluar pendek, memang ramai yang tengok dengan pelik dan pandang dua kali, terutama vendor. Saya pakai seluar pendek ni ada alasan tersendiri, terutamanya senang untuk tanggalkan kaki palsu apabila perlu ‘direhatkan’ seketika.

Meskipun berdepan pelbagai kesukaran, Akim tidak mahu mengaku kalah dan menjadikan status OKU sebagai penghalang.

“Tapi saya pernah jumpa ada rider yang bawa bersama kerusi roda pada motosikalnya untuk memudahkan pergerakan. Saya ingat saya yang lebih susah, tapi ada yang lebih susah,” ujarnya yang turut menjalankan bisnes menjual kosmetik secara dalam talian.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Akim berkata videonya itu antara lain mahu menyampaikan mesej agar pelanggan dan rider saling memahami situasi antara satu sama lain.

“Kepada customer dekat luar sana, fahamilah tugas kami dan cuba bertolak ansur serta bersangka baik dengan rider. Kami risikokan diri untuk anda. Janganlah pukul rata bila ada berapa ketul yang buat hal.

“Dan kepada rider, jalankan tugas kita dengan amanah. Berkomunikasilah dengan sehabis baik jika ada hal berbangkit,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button