Figura

Puas Ikhtiar Anak, Fila K0ngsi Keputusan IVF Dan Redha Dengan PerancanganNya

Pada tahun 2019 , pernah tular kisah seorang wanita tempatan yang memilih jejaka dari benua Afrika sebagai pasangan hidupnya.

Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini telah berkahwin dengan seorang lelaki Afrika yang bernama Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019.

Baru-baru ini, Fila berkongsi di Tiktoknya  tentang perjalanan mereka sepanjang proses IVF, namun tidak berjaya.

Hari yang mendebarkan. Terbaru, Fila dan juga suaminya yang juga seorang warganegara Afrika telah pun membuat keputusan untuk melakukan proses IVF (in-vitro fertilization) sebagai salah satu usaha untuk peroleh cahaya mata. Sebelum ikhtiar yang dijalankan tersebut diisytiharkan berjaya, wanita berkenaan perlu melalui beberapa test dan juga perjalanan seperti pembuangan fallopian tube, treatment, injection serta transfer embyro.

Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat, lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam. Akhirnya selepas 7 bulan berulang-alik ke pusat perubatan berkenaan, tibalah masanya untuk mendapat result adakah segala perih jerih yang dilakukan selama ini berhasil. Walau bagaimanapun, keputusan HCG menunjukkan penurunan sekaligus menjawab penantian IVF mereka berdua tidak berjaya dilakukan. Meskipun itu, Fila dan juga pasangan reda dengan keputusan berkenaan serta bersyukur telah diberi peluang untuk menjalani proses tersebut.

Redha, Allah sebaik-baik perancang

Menerusi perkongsiannya itu, pasangan suami isteri itu bersetuju untuk menjalani in-vitro fertilization(IVF) sebagai salah satu cara untuk mendapatkan cahaya mata. Tambahnya, dia perlu melalui beberapa ujian sebelum keputusan IVF dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dikeluarkan oleh pihak pusat perubatan menunjukkan usaha IVF mereka tidak berjaya. Tambah Fila, dia redha dengan perancangan tuhan dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjalani ujian tersebut.

Netizen berkongsi kisah dan mendoakan

Sumber: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button