Figura

Che Puan Sofie Dedahkan Nama Dan Wajah Anakanda Putera Sulung Tengku Mahkota Kelantan!

Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan telah diijabkabul pada 19 April 2019 yang lalu.

Pada Isnin 17 Julai yang lalu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson telah dikurniakan putera pertama mereka.

Berita gembira tersebut dikongsikan di laman instagram milik Che Puan Sofie pada Selasa yang lalu. Baru-baru ini, Che Puan Sofie mendedahkan nama serta wajah anakanda putera sulung Tengku Mahkota Kelantan.

“Welcome to the world baby Johan”-tulis Che Puan Sofie

Anakanda Putera sulung Tengku Mahkota Kelantan itu diberikan nama Johan. Ia dikongsikan oleh Che Puan Sofie di instastory miliknya semalam.

Rata-rata rakyat dari kedua-dua negara megucapkan sekalung tahniah atas kelahiran anakanda Putera sulung Tengku Mahkota Kelantan itu serta mendoakan yang terbaik buat beliau pada masa akan datang.

“Alhamdulillah semoga Che Puan Mahkota Kelantan dan baby dikurniakan kesihatan yang baik selalu, aaaaaamin!”-kata mereka

Syukur Alhamdulillah, tahniah untuk kebahagian itu, kalian akan menjadi ibu-bapa yang terbaik. Kehadiran bayi baru beserta ucapan tahniah, dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan selalu”-ujar mereka

“Tahniah untuk si kecil Putera Johan. Bayi kecil yang sangat menakjubkan. saya doakan kalian yang terbaik!”-tulis mereka

“Tahniah dan Alhamdulillah buat tengku dan Che Puan, cute baby prince,pan-asian baby”-tambah mereka

VIA instagram Che Puan Sofie

Apa-apa pun, pihak Murai MY mengucapkan tahniah atas kelahiran Anakanda Putera Sulung Tengku Mahkota Kelantan, iaitu Putera Johan, semoga beliau membesar dengan baik dan menjadi pemimpin yang soleh, disayangi dan disanjungi ramai.

Sumber : murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button