Masih Ingat Pelakon Filem Mukhsin Ini? Prnah Tiada Tawaran Brlakon, Begini Keadaan Sharifah Aryana Sekarang
” Saya memang merancang nak kembali berlakon selepas habis belajar. Tiba-tiba, C0VlD-I9 meIanda dan tawaran langsung tak ada.”
Itu luahan pelakon, Sharifah Aryana yang menceritakan pengalaman berdepan cabaran sewaktu tempoh pndemik sehingga hampir putus asa gara-gara ketiadaan tawaran kerja lakonan.
Tidak dinafikan fasa pndemik adalah tempoh yang sangat menduga.
Ramai hilang pekerjaan dan hala tuju kehidupan, sehinggakan ada yang terpaksa keluar dari zon selesa untuk mencari punca pendapat bagi meneruskan kehidupan.
” Saya jadi panik dan tertekan, sampaikan saya berserah sahaja. Putus harapan saya dibuatnya. Saya sempat berfikir, mungkin rezeki saya dalam bidang ini tak ada.
” Kemudian, saya dipanggil ujibakat untuk drama Histeria dan terpilih untuk watak Diana.
” Alhamdulillah, karakter itu adalah yang terbaik pernah saya bawakan sepanjang bergelar pelakon. Saya puas, selepas lama tak berlakon, akhirnya dapat watak yang saya impikan,” katanya.
Satu per satu tawaran datang
Bercerita lanjut, pelakon filem Mukhsin itu memberitahu dia amat terkejut selepas satu per satu tawaran berlakon datang menjengah, menghidupkan kembali harapannya yang hampir terkubur.
” Selepas Histeria, saya terima pula tawaran untuk berlakon Don Dukun yang mungkin akan ditayangkan pada tahun depan.
” Sangkaan saya meleset. Satu per satu tawaran yang saya terima. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki masih ada untuk saya dalam industri ini.
“Saya yakin Allah nak beri saya sesuatu yang lebih baik dan pada masa yang terbaik,” ujarnya.
Sering dibandingkan dengan adik beradik
Berkongsi pandangan tentang Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Alesya, Aryana berkata, dia tidak kisah dibayangi tiga anak seni itu.
Katanya, sebagai adik bongsu, dia menganggap kakak-kakaknya sebagai orang-orang hebat yang menjadi inspirasi dalam bidang yang diceburi.
” Saya tak kisah. Pada saya mereka pelakon yang hebat dan saya terima, kalau ada yang menganggap saya dibayangi mereka.
” Suka atau tidak, orang tetap akan banding-bandingkan kami adik beradik. Kalau saya tak berlakon pun, ia tetap berlaku.
” Masa kecil, saya tak suka (dibanding-bandingkan). Tetapi, bila sudah berusia, saya faham perkara itu. Mahu atau tidak, adik beradik, mak serta ayah adalah identiti saya,” katanya.
Kata Aryana, dia bersyukur kerana memiliki adik beradik seperti mereka yang menjadi sistem sokongan paling penting dalam hidupnya.
” Tak ramai pelakon memiliki adik beradik yang bekerja dalam bidang yang sama.
” Industri seni bukan lapangan yang indah semata-mata. Ada pihak yang akan cuba memperguna dan memanipulasi. Jadi saya bertuah, ada adik beradik yang faham industri ini macam mana, sekaligus ada untuk melindungi saya,” kongsinya.
Bagaimanapun, Aryana tidak menolak wujud perbezaan antara mereka tentang meskipun dia dan kakak-kakaknya mempunyai hubungan adik beradik yang sangat erat.
” Tentunya kami ada persamaan sebab kami adik beradik yang sangat rapat antara satu dengan lain.
” Kami berjumpa hampir setiap hari. Cara kami bergaul, bergurau juga sama. Ikut mak ayah kami.
” Meskipun begitu, kami berbeza dari segi perangai dan pilihan yang kami buat untuk kerjaya lakonan kami,” ujarnya.
Selesa jadi diri sendiri
Seperti pelakon lain, Aryana menganggap media sosial sebagai perkara penting. Katanya, medium itu banyak kegunaan dan kebaikannya.
” Saya suka media sosial kerana melaluinya saya dapat berkomunikasi dengan ramai orang.
” Apa yang saya paparkan di Instagram atau Facebook adalah diri saya yang sebenarnya. Saya tak berpura-pura, depan lain belakang lain, sebaliknya selesa menjadi diri sendiri,” tegasnya.
Mengulas tentang jumlah pengikut di media sosial yang menjadi kriteria pemilihan pelakon untuk drama atau filem, Aryana lontarkan pandangan berbeza.
” Saya faham perkara itu, tetapi saya berada di tengah-tengah, antara setuju atau tidak.
” Ramai pelakon yang hebat tetapi media sosial mereka kurang mendapat perhatian. Begitu juga sebaliknya.
” Saya tidak setuju dengan perkara itu. Tetapi nak buat macam mana, jumlah pengikut itu juga dipandang penerbit atau stesen televisyen. Mahu atau tidak, kena terima,” tambahnya.
Sumber:utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda