Figura

Dulu tak fikir panjang, ingat buat duit sahaja – Aisar Khaledd

 

PETALING JAYA: Pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaledd, mengakui gara-gara tidak berfikir panjang ketika awal penglibatan dalam dunia kandungan media sosial menyebabkan dia menerima kec4man yang dahsyat.

Jelasnya, ketika itu dia hanya memikirkan soal keuntungan dan populariti yang diraih sebagai pencipta kandungan media sosial.

“Dulu, saya tidak fikir impak atau kesan. Saya hanya fikir jumlah tontonan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semua di media sosial nak popular dan buat duit.

“Tetapi, saya tak fikir panjang. Tidak fikir apa impak pada masa akan datang. Saya sedar sekarang, setiap kandungan perlu ada manfaat kepada umum.

“Mungkin sekarang saya semakin matang. Kalau boleh mahu kongsi gambar atau video yang beri manfaat sahaja,” katanya.

 

Bercakap soal kerjaya, kongsi Aisar, biarpun dia popular sebagai pempengaruh, tidak bererti ia jalan mudah untuknya mendapat tawaran lakonan.

Katanya, dia juga sedar, mungkin ada beberapa produser yang ragu-ragu menawarkan watak atau karakter kerana statusnya sebagai pempengaruh.

“Mungkin ada yang fikir saya memilih watak dan karakter. Saya terbuka sahaja. Tidak kisah besar atau kecil watak itu.

“Ada juga yang cakap saya berlagak, tetapi dakwaan itu tidak benar,” ujarnya.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button