Hiburan

“P0ligaml Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu…”- Ustaz Azhar Idrus

Sejak semalam, isu poligami semakin hangat menjadi bualan ramai apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila  pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.

Mana tidaknya, Syamsul pada mulanya menafikan dia sudah berkahwin dengan Ira dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata sehingga mahu ‘saman’ pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pun begitu, Syamsul menegaskan pelakon, Puteri Sarah  masih isterinya yang sah dan berharap agar pulang ke pangkuannya bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka tanpa hebahkan aib di media sosial.

Poligami tak salah tetapi biar atas izin isteri dan mereka bahagia

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan ‘hukum’ seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada saha atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,”ujarnya.

Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.

Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.

Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?

Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.

“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.

 

Sumber: aznewstime

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button