“Jangankan berjalan, berdiri pun tidak boleh” – Keced3raan Puteri Rafasya makin serlus, masuk wad pediatrik HTA
KUALA LUMPUR: Kemalangan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Rafasya, 12, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini, awal pagi tadi.
Berkongsi insiden itu, ibunya, Fatin Aliza Salmi, 33, berkata, Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.
“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.
“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.
“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.
“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya kepada BH Online.
Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans ditempatkan di zon kuning HKL selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar, awal pagi tadi. – Foto IG Puteri Rafasya
Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.
“Kalau diikutkan laporan perubatan dikeluarkan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini.
“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.
“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit.
Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini.
“Bagaimanapun, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini” katanya.
Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.
“Sekiranya perkara ini masih berlanjutan dan pihak terbabit juga terus dengan keputusan berdiam diri, saya rasa mungkin perlu lancarkan tabung bantuan.
“Ia bertujuan untuk menampung kos perubatan Puteri,” katanya.
Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada penghujung bulan lalu.
Kemalangan menimpa Puteri itu berpunca daripada perbuatan seorang kanak-kanak yang tidak sepatutnya berada di lokasi penggambaran drama.
Sumber:BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.