Hiburan

Ramli MS kata nyanyi tidak bagus, Azharina jawab komen juri… “Suara ini Allah SWT kurniakan”

NYANYIAN Azharina di konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kurang memberangsangkan sehingga mendapat kritikan barisan juri.

Azharina pada minggu lalu menerima pujian bagaimanapun kali ini tidak memberikan persembahan seperti yang diharapkan.

Juri tetap iaitu Datuk Ramli MS menganggap nyanyian lagu Sayang Disayang itu kurang baik tidak seperti semasa sesi raptai.

“Dia menyanyi tak bagus malam ini. Semasa sesi latihan (rehearsal) lebih baik,” komennya.

Azharina mendapat komen yang kurang memberangsangkan dari juri.

Manakala, juri kedua Hetty Koes Endang pula memberitahu Azharina gagal menjiwai lagu tersebut yang sepatutnya menceritakan kisah sedih dalam percintaan.

Begitu juga dengan komen Datuk Syafinas yang memberitahu Azharina seakan-akan tersalah menyampaikan penceritaan dalam lagu nyanyian asal Rubiah itu.

Tampil menjawab komen juri-juri, Azharina berkata dia telah dikurniakan dengan suara sedemikian.

Malah, dia juga melakukan persembahan dengan penyampaian begitu selepas mendapat nasihat Ramli untuk nampak lebih bersahaja di atas pentas.

“Suara saya ini Allah SWT yang kurniakan.

“Selepas saya bertanya dengan orang lama dan belajar daripada mereka yang berpengalaman, lagu ini ialah mengenai kematian seorang kekasih.

“Waktu saya rehearsal, ada yang minta saya longgarkan sedikit cara nyanyian,” jawabnya.

ASGV bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button