Hiburan

“Lahir-lahir terus murah rezeki”… Shahida, Aliff Syukri beri nama anak keenam Luqman Al-Hakim

USAHAWAN kosmetik, Datin Seri Nur Shahida berkongsi foto wajah dan nama anak keenamnya yang dilahirkan pada Isnin.

Shahida, 38, dan suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sepakat memilih nama Luqman Al-Hakim buat cahaya mata mereka itu.

“Assalamualaikum.. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri,” katanya.

Kelahiran Luqman membawa rezeki buat keluarga.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shahida juga meluahkan rasa syukur kerana kelahiran cahaya mata keenam itu membawa rezeki buat mereka sekeluarga.

Kata Shahida, dia percaya setiap anak-anak yang dikurniakan membawa rezeki masing-masing.

“Alhamdulillah, budak kecil ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahirnya terus murah rezeki.

“Banyaklah benda-benda tak sangka rezeki datang bergolek. Betullah orang cakap tiap anak rezeki beza-beza,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Luqman dan memuji bayi lelaki itu.

“Alhamdulillah, putih gebu. Semoga menjadi penyejuk mata mama abah.

“Subhanallah, Alhamdulillah sesuai namanya dengan wajahnya.

“Semoga Luqman Al-Hakim membesar dengan sihat, menjadi anak yang cerdas dan soleh,” tulis netizen.

Pada Isnin lalu, Aliff memaklumkan Shahida bertarung 15 jam sebelum selamat melahirkan cahaya mata.

Kata Aliff, dia sangat menghargai pengorbanan isterinya, lebih-lebih lagi pengalaman mengandung kali ini adalah yang paling sukar buat Shahida.

Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga 16 tahun lalu.

Menurut jutawan kosmetik ini, Shahida hampir melahirkan anak tersebut secara pembedahan.

Bagaimanapun, sekitar pukul 3 petang, Shahida selamat melahirkan bayi mereka secara normal.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button