Hiburan

“Saya dah penat tanggung biawak hidup”… Fatin Afeefa serlk tanggung biawak hidup

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Fatin Afeefa di aplikasi TikTok seakan-akan memberi bayangan pernah melalui pengalaman pahit hidup bersama seseorang hingga terpaksa berkorban menanggung keluarga.

Berkongsi luahannya itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, mendedahkan dia sudah penat menanggung biawak hidup dan tidak mahu lagi melalui hubungan menyakitkan itu.

“Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

Fatin Afeefa dedah pernah bela biawak hidup.

“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang,” katanya.

Fatin mendedahkan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Isnin.

Tambah Fatin, dia bersyukur suami baharunya iaitu Aliff Awang menjaga keperluannya sebagai seorang isteri.

“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fatin dan berpendapat seorang suami perlu menjaga kebajikan isterinya.

Malah netizen juga terhibur apabila Fatin turut menggelar suaminya sebagai seekor biawak.

“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya.

FATIN AFEEFA

PELAKON

“Lepas geram nampak, kita perempuan nak dinafkahi bukan kita yang bagi nafkah.

“Yang pernah bela biawak saja tahu rasa sakitnya macam mana.

“Selamba dia biawakkan suami dia. Biawak dia sekarang pun kaya boleh jaga dia,” antara komen netizen.

Fatin Afeefa bersama suami Aliff Awang.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata aitu Ivy Herra Sophia.

Pada 30 Disember lalu, Fatin membuat kejutan kepada peminat apabila melangsungkan perkahwinan dengan Aliff dalam sebuah acara tertutup.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button