Hiburan

“Nak manja2 duduk rumah belajar masak” – Iqram Dinzly minta Reen Rahim duduk rumah belajar masak gara2 isu diceklk Fezrul Khan

PELAKON sensasi Iqram Dinzly dalam nada sinis meminta aktres Reen Rahim untuk duduk di rumah dan belajar memasak sekiranya tidak dengan cabaran dalam dalam dunia seni.

Iqram turut menasihatkan agar Reen tidak menjadikan inslden dia diceklk aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran filem Batu Syaitan sebagai isu besar sebaliknya perlu kental dan bukannya bersikap ‘manja’.

“Buat Reen, saya percaya dengan aksi ceklk menceklk ia membantu anda untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan. Dalam bisnes kita kena terima untung atau rugi itu tetap untung. Pengalaman tidak boleh dijual beli namun jangan sampai mencac4tkan atau menc3der4kan diri.

“Bagi saya kalau tak lasak, nak manja-manja duduk rumah belajar masak. Dalam industri ini kita kena belajar reda dan tabah serta tingkatkan prestasi,” katanya.

Reen mendakwa mengalami keceder4an selepas melakukan babak diceklk oleh Fezrul Khan.

Iqram berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Iqram berkata, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik yang betul dalam lakonan ketika menjayakan babak tersebut.

Kata Iqram, dia tidak percaya Fezrul benar-benar menceklk Reen apatah lagi aktor itu bukan baharu dalam bidang lakonan dan pasti tahu teknik menjayakan babak lasak.

“Takkanlah Fezrul tak waras nak ceklk betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.

“Masalahnya orang sekeliling yang tiada ditempat kejadian sering melontarkan persepsi buruk dan tanggapan tidak betul,” jelasnya.

Iqram sebelum ini turut terpalit kontroversi menceklk Mona Allen namun ia sekadar gimik mempromosikan drama.

Sebelum ini, nama Iqram juga pernah terpalit kontroversi apabila dia didakwa menceklk pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu mengakui kekecohan tersebut hanya sekadar gimik untuk mempromosikan drama berkenaan.

Untuk rekod, Reen mengakui secara tidak sengaja meninggi suara selepas kejadian diceklk oleh Fezrul sebelum menghubungi pelakon tersebut menjelaskan keadaan sebenar serta menunjukkan kesan cedera dialaminya.

Fezrul dalam temu bual sebelum ini pula menjelaskan babak tersebut dilakukan dengan teknik betul dan kemungkinan berlaku ‘kem4langan’ kecil kerana apa terjadi di depan kamera tidak sama ketika sesi latihan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button