Hiburan

“Terima Kasih Selalu Pelvk, Pegang Tangan… Rasa Kuat Bila Kak Lina …” – Tom GV9

Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom terharu dengan kesantunan serta cara pengacara Elly Mazlein memberikan sokongan kepada setiap peserta terutama ketika peringkat penyingkiran.

Kata Tom, Elly atau lebih popular disapa Kak Lina menjadi individu yang membakar semangatnya dan memulihkan rasa dukanya apabila di pentas.

“Terima kasih selalu sokong, peluk dan selalu pegang tangan Tom.

“Tom selalu rasa sokongan dari Kak Lina setiap kali di pentas GV9. Tom rasa akak berdiri sebelah rasa macam akak teman dan rasa akak support Tom dalam diam.

“Tom dapat rasa perasaan itu. Bila Tom dikomen dan kritik, Tom rasa kuat sebab akak ikut teman Tom. Tom sayang Kak Lina,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.

Perkongsian Tom itu turut menyentuh hati peminatnya yang ikut sama merasai kesedihan dan setiakawan Tom dan Elly.

“Akak pun perasan Kak Kepok selalu jadi pembakar semangat Tom.

“Betul, minggu pertama hingga Tom tersingkir memang Kak Lina sentiasa teman Tom.

“Masa Tom keluar pun Kak Lina nampak sebak.

“Elly ni memang sisi sebenar dia seorang pelindung dan orang yang sesuai untuk kita luah perasaan dan tenteramkan orang yang down,” tulis beberapa pengguna lain di Instagram Tom.

Minggu lalu rezeki tidak berpihak pada Tom apabila menjadi peserta keempat tersingkir selepas Roy Kapilla, Haida Hasnan dan Pat Candy.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.

Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button