Hiburan

Rider Pul4ng Balik Kasut Cvri, Haris Alif, “Kita Orang Islam Kan… Dia Pun Ada Anak Bini”

Mal4ng tidak berbau. Mungkin itu yang berlaku terhadap pelakon Harris Alif yang kehilangan kasut selepas dicvri oleh penghantar barang.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagram, Harris mendedahkan wajah serta nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh lelaki berkenaan.

“Code red. Siapa yang kenal mamat Lalamove ni, Shafiq Azwan Bin A. Kahar, plate motor VEV9471 tolong bagitau saya. Dia dah cvri barang dekat luar rumah saya,” tulis Harris.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut menyelar tindakan lelaki berkenaan yang dianggap berani melakukan perbuatan tidak elok ketika sedang mencari rezeki.

“Adoi… Elok-elok cari rezeki, buat masalah. Mencuri ni satu tabiat dan perbuatan yang memalukan. Bila dah kantoi gini lagi malu.

“Subhanallah….. Baguslah buat report begini. Nak ajar tentang adab. Elakkan tabiat macam ni berlaku lagi. Moga dipermudahkan.”

“Mana-mana rumah sekarang ada CCTV dan mana-mana kereta ada dashcam… Malu family muka awak tu kena viral.”

Sementara itu, penyanyi Ariff Bahran turut meninggalkan komen pada perkongsian Harris itu.

“Kasi tangkap bro panasnya hati,” katanya ringkas.

Tidak berapa lama kemudian, Harris memberitahu yang rider berkenaan telah pun memulangkan semula kasut yang dicuri dan membuat permohonan maaf kepadanya.

“Bagi mereka yang suruh saya ambil tindakan, buat report polis semua… bagi saya dah cukup kuat kuasa viral ni. Saya dah dapat balik semua barang saya, dia dah pulangkan.

“Saya tanya dia ada anak bini apa semua… benda tu… kita orang Islam kan, kita ada hati perut juga, kita pun fikir anak bini dia, harap jangan ulang benda yang sama lagilah, itu je,” ujar Aliff menerusi Instagram Story.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button