Hiburan

Pernah belakon sekali dalam drama, Zahirah MacWilson dedah sesuatu pasal SyazlinZainal

Pemergian Syazlin Zainal bukan sahaja tinggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga dan rakan terdekat, tetapi turut dirasai oleh pelakon Zahirah MacWilson.

Menerusi muat naik di IG Story, Zahirah sempat berkongsi satu kiriman ucapan ringkas beserta sebuah video pendek sewaktu dia dan Syazlin Zainal dipertemukan dalam sebuah drama.

Jelas Zahirah, dirinya sentiasa mengingati peribadi Syazlin Zainal sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai yang impian tinggi selain memiliki suara yang merdu.

“Saya sentiasa teringat bagaimana awak pernah beritahu saya tentang harapan dan impian awak.

“Saya sentiasa teringat yang saya beritahu awak mempunyai suara yang merdu setiap kali menyanyi.

“Saya sentiasa teringat betapa semangatnya awak setiap kali di set penggambaran. “Kami rakyat Malaysia bangun pagi ini (Jumaat) menerima berita sedih pemergianmu,” kongsi Zahirah.

Dalam masa sama, artis berusia 28 tahun itu turut menitipkan doa agar roh Syazlin ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.

“Semoga awak tenang di sana sayangku Alin (Syazlin), awak akan sentiasa diingati.

“Terima kasih pernah menjadi adik saya walaupun sekejap,” tambahnya.

Terdahulu Syazlin selamat diuruskan di Tanah Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam Jumaat lalu. Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti yang datang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button