Hiburan

Mereka menggelarkan saya ‘artis legend’ tapi tak nak pula bayar seperti artis legend..” Faizal Hussien luah rasa kecew4

Wajah yang kacak  dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini. Siapa tak kenal kan dengan hero G1la-G1la Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.

Penangan filem G1la-G1la Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya mel0njakkan nama Faizal Hussein.

Deretan trofi dan penghargaan yang diterima menjadikan dia salah seorang anak seni yang cukup berjaya. Namun dia sederhana, dalam apa jua aspek. Lantas itu menjadikan dia, unik.

Berurusan dengan Faizal adalah mudah. Rendah diri dan baik budi pekerti. Tiada kerenah yang tak disenangi. Itulah profesionalisme seorang bintang yang wajar diteladani.

Tiada pengurus mahupun pembantu pr1badi

“Saya tak ada pengurus atau pembantu per1badi. saya lebih senang berurusan terus dengan sesiapa pun. Saya tak mahu nama jadi burvk disebabkan masalah orang tengah. Selagi mampu, cukuplah berdikari,” katanya.

Meskipun sudah acap kali menyuarakan mengenai soal pembayaran melibatkan pelakon-pelakon senior, aktor, Faizal Hussien mendedahkan senario tersebut tampak seperti tiada perubahan.

Menurut Faizal, sehingga ke hari ini, namanya sering kali dit0lak berikutan i$u pembayaran

“Berkenaan soal bayaran ini, dah memang jadi kelaziman nama saya sering kali dit0lak. Perkara tersebut masih lagi terjadi sehingga ke hari ini.

“Mereka menggelarkan saya sebagai artis legend tapi bila bercerita soal bayaran, tak nak pula bayar seperti artis legend.

Dalam pada itu, Faizal turut berharap agar pihak stesen televisyen yang lain dapat mencontohi langkah diambil oleh pihak Astro yang sanggup membelanjakan kos yang besar dalam penghasilan sesebuah drama seperti One Cent Thief ini.

Terdahulu, selain Faizal, drama One Cent Thief ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Sofia Jane dan ramai lagi.

Drama ini ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro On Demand.

Faizal Hussien menyatakan rasa syukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menjadi pilihan para pengarah meski telah mencecah usia separuh abad.

Menurut Faizal, keikhlasan ketika bekerja dan sentiasa menjaga hubungan baik sama karyawan menjadi pendorong buat dirinya untuk kekal relavan sehingga ke hari ini.

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin cara kerja saya yang membuatkan saya relevan sampai ke hari ini. Apabila kita bekerja, kita harus melakukannya seikhlas mungkin.

“Bekerja di hadapan layar ni bila kita tak ikhlas, reaksi tersebut akan jelas terpancar di wajah kita. Apabila kita ikhlas, segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Malah, perhubungan antara saya dengan pekerja-pekerja filem yang menjayakan sesuatau projek juga baik.

“Saya tiada membezakan orang-orang di set. Saya layan mereka semua sama. Sebagai contoh mungkin hari ini dia membancuh air sahaja, siapa tahu 10 atau 15 tahu lagi dia pula yang jadi pengarah atau produser,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Buhohan itu ditemui di set lokasi MHthrowback, baru-baru ini.

Ditanya mengenai sikap segelintir pelakon yang sering mengambil mudah mengenai kualiti lakonan mereka, ini reaksi jujur yang diberikan oleh bapa kepada dua cahaya mata itu;

“Perbezaannya pada zaman dahulu, stesen tv tak banyak dan job pun terhad. Jadi, tiap-tiap kerja yang dilakukan oleh pelakon lama ini selalunya seikhlas dan sebagus yang mungkin.

“Apabila zaman dah berubah, stesen tv dah banyak dan job pula berlambak-lambak, jadi tanggapan pelakon tu sendiri membuatkan mereka jadi kurang serius dengan kerja mereka.

“Bila job dah banyak, selepas satu projek ke satu projek, ia membuatkan seseorang itu rasa macam ‘Ah..Aku tak buat pun takpa. Di situlah hilangnya disiplin dan hubungan baik dengan pekerja-pekerja filem yang lain.

“Mungkin dia jadi riak atau sombong pasal dia dah popular pada zaman sekarang. Kalau zaman dulu, bila kita buat satu projek ini kita tak tahu projek akan datang. Mungkin itulah perbezaannya,” jelasnya lagi.

Tiga buah filem lakonannya yang bakal menemui peminat ialah Daddyku Gangster, Harum Malam dan Remp-it 2.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button