Hiburan

Penyanyi Eisya Nurani berkahwin dengan cinta pertama selepas 22 tahun

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah… doakan jodoh saya kali ini kekal sehingga ke akhir hayat ya. Kalau boleh saya tak nak naik pelamin lagi dah,” gurau penyanyi Eisya Nurani mengulas berkenaan perkahwinan ketiganya dengan suami, Mohd Yunus Mohd Salleh.

Eisya atau nama sebenarnya Khairul Bariyah Ahmad, 48, yang popular menerusi lagu Nurani, tidak menyangka perkenalan sejak 22 tahun lalu akhirnya sampai ke jenjang pelamin.

“Mungkin ramai terkejut dengan perkahwinan ini. Sebenarnya saya dah lama berpisah dengan suami kedua iaitu pada awal tahun lepas.

“Selepas itu, jodoh saya apabila bertemu semula dengan kawan lama yang dikenali sejak awal menyanyi dulu. Selepas 22 tahun, kami ada jodoh juga rupanya.

“Suami, Yunus atau nama panggilannya Yunuz, 49, adalah penyampai radio Brunei dan bekerja dengan RTB. Kami bertemu ketika saya buat promosi album Nurani di Brunei.

“Kami berjumpa lagi seterusnya semasa saya buat konsert dengan Senario di sana. Dia banyak bantu promosikan lagu saya di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Selain penyampai radio, Yunuz turut bergelar pengacara, penyanyi, pelakon dan penerbit.

“Sebenarnya dulu dia pernah datang berjumpa arwh abah saya di sini tapi jodoh kami tiada. Ia disebabkan waktu itu saya baru dua minggu bertunang dengan bekas suami pertama.

“Yunuz bercerai dengan bekas isteri pada 2020. Dia kemudian cari saya semula tapi saya pula dah berkahwin dengan bekas suami kedua.

“Kini masing-masing dah single, jadi kami putuskan untuk sambung semula ikatan dengan perkahwinan. Allah bagi jodoh semula untuk kami berdua,” katanya.

Eisya yang juga pelakon filem Gemerlapan terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berkata, dia terlebih dahulu menghubungi ibunya untuk meminta restu dan mendapatkan persetujuan.

“Tiada halangan dari emak. Itu yang kami ambil keputusan kahwin di Pejabat Agama Islam Selangor pada 24 Januari lalu yang dihadiri keluarga suami dan keluarga saya.

“Saya pasti ramai terkejut dengan berita ini. Malah saya pun terkejut juga kerana prosesnya amat cepat seperti mimpi.

“Rakan artis yang tahu berkenaan perkara ini hanyalah Farouk Hussain kerana dia pernah berurusan dengan suami di Brunei baru-baru ini. Insya-Allah majlis kenduri mungkin akan diadakan selepas ini. Yang penting kami dahulukan perkara wajib,” katanya.

Eisya juga belum mempunyai perancangan lagi buat masa ini untuk menetap di Brunei.

Menerusi perkahwinan pertama, Eisya dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Muhammad Haikal, 22, Kasih Muhammad Faris, 17, dan Kasih Ayesha Yasmin, 12. Manakala Yunuz mempunyai empat anak iaitu tiga perempuan yang kesemuanya sudah berkahwin dan seorang lelaki.

Sumber:HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button