Hiburan

Tk setimpal dengan Hadiah? Kluar duit rm100k tampung k0s, Akhirnya Shiha Iuah selepas tahu keputusan semalam

Lagu Irama nyanyian Shiha Zikir membawa tuah apabila membawa pulang trofi kemenangan Persembahan Terbaik bersama wang tunai RM12,000 pada malam Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37).

Menurut Shiha, dia sudah berhabis lebih RM100,000 untuk persembahan Irama yang menampilan tema unik dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark.’

Sedar semestinya akan ada pihak yang beranggapan tidak berbaloi, penyanyi berumur 36 tahun ini menyatakan dia berpuas hati kerana itu adalah minat.

Syukur Alhamdulillah. Kalau sebut mengenai undian, memang saya tak jangkakan. Tapi apabila bercakap soal persembahan, saya memang percayakan team saya dengan idea dan konsep serta pelaksanaan persembahan sehingga Irama menjadi kenyataan.

Saya berhabis lebih RM100,000 dan elemen yang paling mahal dalam persembahan saya adalah lampu laser. Syarikat saya, Shiha Zikir Empire, Todak Music dan Alternate Record membahagikan kos ini.

Biarpun pasti ada yang katakan pelaburan lebih RM100,000 tak setimpal dengan hadiah kemenangan bernilai RM12,000 tapi saya rasa puas kerana ini adalah minat saya. Semua orang nak menang. Ditanya mengenai pertikaian segelintir peminat yang berpendapat sepatutnya Naim Daniel yang menang, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir juga kagum dengan idea luar kotak penyanyi tersebut.

Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.

Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama.

Dalam pendapat saya sendiri, jika masuk bertanding, pastinya semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program dan pertandingan, jika ada orang lain menang, saya takkan menyalahkan sesiapa jika saya kalah.

Dalam pada itu, penyanyi bertubuh kecil molek juga berharap agar orang ramai menerima semua keputusan yang sudah tertulis.

Saya berharap kepada mereka yang mempertikaikan, kena ada kepercayaan kepada juri dan keputusan yang telah ditetapkan. Sudah tentu juri lebih arif dan profesional. Saya sendiri tak layak komen mengenai kemenangan kerana juri sahaja yang tahu sebab mereka memilih pemenang.

Saya tak cakap persembahan saya sahaja yang bagus, pastinya semua peserta pun dah buat sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim, pertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki.

Pada malam Ahad, anugerah yang cukup berprestij ini menyaksikan juara Aina Abdul (Terus Hidup), naib juara Joe Flizzow & Sonaone (Satu Malam di Temasek), tempat ketiga Alif Satar & The Locos (Anugerah Terindah), vokal terbaik Aina Abdul (Terus Hidup), persembahan terbaik Shiha Zikir (Irama) dan Khai Bahar (Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa).

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button