Hiburan

Setahun Bertunang, Azri Iskandar Terpaksa Tangguh Lagi Nikah Dengan Dr Azra. Dia Dedah Sebab Kenapa

PELAKON Azri Iskandar terpaksa menunda lagi tarikh perkahwinannya bersama Dr Azra Diera selepas wang dikumpul untuk majlis tersebut masih belum mencukupi.

Selain isu kewangan, Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, berkata dia dan pasangannya kini sedang sibuk menguruskan hal kerja masing-masing.

“Belum sampai masanya lagi… terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi.

Azri dan Azra tangguh lagi hari bahagia.

“Sekarang ini belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi.

“Biar betul-betul dah bersedia, barulah saya akan umumkan secara rasmi,” katanya kepada mStar.

Hampir setahun mengikat tali pertunangan, Azri bersyukur hubungannya bersama Azra dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah semuanya okay saja. Semuanya berjalan dengan baik, kami tidak pernah bergaduh dan tak ada apa-apa isu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azri memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Bagi mengubati rindu peminat, Azri memberitahu dia bakal muncul dalam drama terbaharu yang turut menampilkan beberapa pelakon popular lain.

“Drama terbaharu saya akan disiarkan di TV3 bertajuk I Know What U Did On Instagram, tajuk orang putih tapi cerita Melayu. InsyaAllah bakal disiarkan tidak lama lagi,” kongsinya.

Azri sibuk kumpul duit kahwin.

Pada 29 Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya dikenali sebagai Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button