“Sebulan RM10,000,” – Dulu Pernah Lari Rumah Sebab Keluarga Tak Setuju Nak Jadi ‘TikT0ker’, Haikal Irfan Kini Buktikan Sesuatu
Pempengaruh yang juga selebriti TikTok, Haikal Irfan mendedahkan minatnya untuk mendalami aplikasi TikTok sebagai cabang rezeki bermula sejak diberhentikan kerja akibat pandemik.
Haikal atau nama penuhnya Muhammad Haikal Irfan Othman, 23, berkata, dia sebelum ini mempelajari bidang kulinari lalu memulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis chef di sebuah hotel.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung di Ipoh.
“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap TikTok berputik setelah bosan menganggur. Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara cari duit melaluinya.
“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main aplikasi ini, video saya tular dan momen manis itu menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” katanya.
Irfan bagaimanapun mengakui ketika itu hasratnya untuk menjadi ‘TikToker’ tidak direstui kedua orang tua.
“Mereka suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin, tetapi saya tetap berkeras untuk jadikan TikTok sumber pendapatan.
“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Keras kepala, saya tekad lari dari rumah bawa diri ke Kuala Lumpur untuk tuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas,” akuinya lagi.
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok aplikasi media sosial popular itu, Irfan kini mampu tersenyum dengan pencapaian yang diraih.
Malah pada Jun tahun lalu, perjuangannya di medan digital demi mempengaruhi sejuta warga maya mengikutinya di platform TikTok akhirnya terlaksana.
Sehingga ke saat ini, dia berbangga dengan perolehan dijana daripada platform TikTok yang mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan, bahkan pernah mencatat angka sekitar RM50,000.
Sesudah berjaya memiliki lebih sejuta pengikut, Haikal mulai mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda