“Lah Tak Ada Orang Rupanya…” – Rupanya Tiada Jen4zah Pun, Teknik Kamera Hidupkan Emosi Babak Ummi Mandikan May4t Ibu
Drama episod Rindu Kasih yang baru sahaja melabuhkan tirainya masih lagi diperkatakan peminat susulan ramai yang berpuas hati dengan pengakhiran cerita yang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 itu.
Rata-rata memberikan reaksi positif, tak kurang yang turut memberikan pujian terhadap lakonan para pelakon di dalam drama 15 episod berkenaan.
Antaranya ramai yang memuji kualiti lakonan yang dibawa Ummi Nazeera yang mendukung watak sebagai Salina atau Ina yang dipenj4rakan kerana mencvri.
Menerusi video tular yang dimuat naik seorang individu di Tiktok juga, Ummi kelihatan mengenakan pakaian banduan dengan tangan bergari bersama seorang anggota polis sedang membantu memandikan jen4zah ibunya di dalam salah satu babak.
Ramai yang turut sama simpati ketika menonton babak berkenaan seolah-olah ia betul-betul terjadi.
Bagaimanapun, Ummi mampu menjayakan watak dengan hanya menggunakan imaginasi sendiri kerana ibunya, Shida (Amyza Aznan) tiada di dalam babak berkenaan namun ia berjaya dilakukan dengan menggunakan teknik kamera.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji lakonan bintang berusia 32 tahun itu.
“Ya Allah hebat lakonan, dia boleh hayati watak dia sampai menangis tanpa ada pelakon lain.”
“Tolonglah bagi anugerah kat Ummi. She deserved it!”
“Hebat betul boleh pegang watak. Kalau letak teddy bear kat situ tak boleh ke? Hahaha.”
“Aku nangis tengok lakonan dia. Tapi ni aku lagi tambah nangis sebab kena scam hidup-hidup. Terbaik lakonan mereka.”
“Lah tak ada orang rupanya. Hebat betul edit, salute kat Ummi. Nampak real gila.”
“Gini rupanya dia buat sampai teresak-esak kita menangis. Kalau la aku yang jadi polis tu, mahu tergolek gelak kat situ.”
Selain Ummi Nazeera dan Amyza Aznan, drama arahan Pali Yahya itu turut dibarisi pelakon lain antaranya Izzue Islam, Nafiz Muaz, Arash Mohd, Ezzati Abdullah, Meor Mohd dan ramai lagi.
Sekadar informasi, drama Rindu Kasih menceritakan tentang kisah seorang anak perempuan yang mendambakan kasih sayang daripada ibunya yang kini sedang dipenj4rakan.
Selain Amyza, drama sarat emosi ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlinah Ahmad Daud dan ramai lagi.
Rindu Kasih ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga kami, jam 10 malam.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda