Hiburan

Gaun Jadi Usikan Gurau Nabil Ahmad ‘Live’ Di GV9, Ini Respon Jaclyn Victor Yang Tak Disangka

Penyanyi Jaclyn Victor terbuka apabila gaun yang dipakai ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi menjadi bahan gurau hos, Nabil Ahmad.

Tampil dengan busana unik sambil mendendangkan lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal Anuar Zain nyata beri kepuasan kepada penonton dengan meraih pelbagai pujian di media sosial.

Ia susulan bentuk rekaan persalinan berkenaan sehingga Nabil menyamakannya dengan personaliti antarabangsa.

“Pereka mahu hasilkan sesuatu yang elegan, ala-ala ‘Victorian’. Tapi tak tahulah… mungkin daripada sudut sisinya (ketawa). Im okay kalau ia jadi sesuatu yang lawak.

“Bukan berniat untuk membuatkan perkara itu menjadi lawak, tapi you know dengan Nabil apa semua, saya rasa ia agak luculah,” katanya.

Ditanya mengenai keberadaan pelakon, Nas-T pula yang tiba-tiba hadir seterusnya memberikan jambangan bunga, kata Jac;

“Dia tak kacau saya punya nyanyian, Nas-T dah sampai bila di hujung persembahan. Bila saya perasan, tiba-tiba ada orang.

“Saya mengharapkan mungkin Anuar Zain. Tapi dia tak berkelapangan. Apa pun bagi saya ia suatu kejutan istimewa, comel,” katanya.

Mengulas mengenai persembahannya menerusi lagu Lelaki Ini yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Jac akui ia bukan suatu hal mudah.

“Pada mulanya saya rasa lagu ini okay. Tapi kemudian bila mula nak menghayati lagu ini, saya rasa susah sangat. Sebab kita tahu, lagu Anuar Zain sangat mencabar untuk dinyanyikan.

“Kita naikkan key. Jadi bila bahagian rendah dia akan jadi terlalu rendah, bila tinggi akan ‘ke langit’. Jadi itu antara cabarannya.

“Malah ketika pertama kali latihan lagu ini pada Jumaat, saya rasa macam semput. Jadi saya perlukan rehat secukupnya selain berlatih supaya ia tidak kedengaran seperti gaya nyanyian Anuar Zain,” katanya.

Malam tadi, pada konsert saingan minggun kelapan itu, Jac gemilang meraih markah sebanyak 85 peratus, tertinggi di antara kesemua bintang yang masing bertanding.

Selain itu, persembahan oleh Jaclyn itu telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di auditorium serta mendapat komen yang positif daripada juri tetap iaitu Hetty Koes Endang.

Menjengah di platform Twitter, rata-rata netizen memberikan pujian melambung kepada penyanyi bersuara lantang itu dan menyifatkan persembahan beliau berjaya.

“Jaclyn Victor buat lagu Anuar Zain macam lagu dia, persembahan penutup yang memukau dengan vokal yang mantap. Penutup yang baik,” ciap seorang netizen.

“Lelaki Ini sangat sinonim dengan Anuar Zain, suara Jaclyn Victor sangat sesuai dengan lagu ini dan membuatkan lagu ini lebih beremosi ditambah pula dengan suara serak basah beliau. Suka sangat versi Jaclyn,” ciap seorang lagi netizen.

“Campaklah lagu apapun untuk Jaclyn, dia akan nyanyikannya semudah A B C, persembahan penutup yang cukup sempurna untuk menutup tirai GV minggu kelapan,” ciap netizen yang lainnya.

Dalam pada itu Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi manakala Bob Yusof pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Bintang Memukau Adabi pula dimenangi Jaclyn Victor yang membawa wang tunai RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500.

Pertandingan yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menampilkan barisan juri Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Sumber: Kosmo , MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button