Hiburan

“Dua Minggu Saya Tak Keluar Bilik” – Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu

Semua sedia maklum mengenai kisah hidup pelawak Rahim Sepahtu yang mempunyai dua isteri dan mengamalkan poligami.

Isteri pertama Rahim iaitu Norazlin ataupun lebih dikenali sebagai Kolin tampil berkongsi pengalaman mempunyai madu dalam kehidupan rumah tangganya.

Menerusi satu hantaran TikTok Sinar FM, Kolin berkata dia mengurung diri selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya itu memaklumkan mengenai hasrat untuk bernikah lagi satu.

Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebab, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian, bila diri saya dah rasa okey, saya keluar bilik terus move on dan lupakan perasaan sedih itu.

Menganggap anak-anak dan pesanan ibunya sebagai sumber kekuatan pada saat sukar itu, Kolin menyayangi Rahim dan tidak akan melepaskan pelawak itu.

Ibu pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

Sekadar info, Rahim berkahwin dengan isteri kedua, Lily Khay pada tahun 2015 dengan persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.

Rahim mempunyai empat orang anak bersama Norazlin iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button