Hiburan

‘Perempuan Itu’ berjaya tawan hati penonton, tindakan Erma Fatima yang dilakukan sebelum ini berbaloi.

KEJAYAAN Perempuan Itu yang berjaya menyentuh hati penonton membuktikan karya itu bukan seperti apa diperkatakan menerusi kontroversi menyelubungi drama berkenaan sebelum ini.

Pelakon dan penerbit Erma Fatima, 55, berkata, dia memilih mendiamkan diri kerana ingin membuktikan dengan karya penuh meskipun teruk dihina dan menerima kata-kata kecaman netizen.

Katanya lagi, dia juga tidak cuba menegakkan benang yang basah kerana kontroversi yang melanda adalah satu kesalahan yang tidak perlu ditegakkan.

Mimi Lana (kanan) dan Siti Hariesa selaku teraju utama Perempuan Itu.

“Satu ketika dulu saya dihlna, dimaki, disumpah seranah kerana kealpaan kami pada satu klip yan terlepas dimuat naik di media sosial.

“Saya mendiamkan diri dan saya dituduh tidak bertanggungjawab. Saya berjanji akan menjawab semua cemuhan itu dalam karya saya itu nanti apabila ia ditayangkan.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam drama ini bukanlah pada satu klip itu. Salah tetap salah. Kami tidak boleh menghalalkan yang haram… saya akur akan perkara itu,” katanya.

Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Jumaat.

Drama Perempuan Itu diselubungi kontroversi apabila pelakon utamanya, Zul Ariffin memuat naik babak ghairah di media sosialnya sehingga ia menimbulkan kemarahan masyarakat.

Menerusi klip tersebut, Zul dilihat mendukung aktres Siti Hariesa dengan aksi tidak senonoh yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.

Erma mengucapkan terima kasih buat seluruh tenaga pekerja Perempuan Itu.

Erma sebagai penerbit turut menerima pelbagai kec4man susulan insiden tersebut.

Sementara itu, Erma turut melahirkan penghargaan buat semua barisan pelakon Perempuan Itu bersempena episod terakhir drama tersebut yang ditayangkan pada malam Khamis lalu.

Selain Zul Ariffin dan Siti Hariesa, drama tersebut turut dibintangi oleh Mimi Lana, Eman Manan, Azizah Mahzan, Iqbal Zulkifli dan ramai lagi.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button