Hiburan

Elly Mazlein Ucap Salam Takzlah Buat Nabil, Ulas Kemungkinan Hos Gantian GV9; “Saya Okay, Cuma…”

Bintang versatil, Elly Mazlein mengucapkan salam takziah buat rakan hosnya di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad atas pemergiaan bapa Ahmad Haji Ismail kira-kira jam 2.00 petang tadi ak1bat kompl1kasi jantung.

Elly ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai berita menduk4citakan itu menerusi hantaran yang dibuat rakan artis, Sharifah Shahirah menerusi Instagram.

“Al-Fatihah dan salam takz1ah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat ‘posting’ daripada Sharifah Shahirah.

“Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apa pun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua urusan dipermudahkan.

“Tiada apa yang saya harapkan selain mendoakan yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada,” katanya kepada MH.

 

Elly kini berada di lokasi penggambaran drama Kampung People 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Mengulas kemungkinan akan ada hos gantian bagi menggantikan Nabil Ahmad pada konsert GV9 minggu keempat Ahad ini, Elly belum dapat kepastian mengenainya.

“Berkenaan perkara itu, saya tidak dapat nak pastikan kerana belum mendapat apa-apa makluman daripada pihak produksi. Saya memahami situasi dan jujurnya terbuka untuk bergandingan sesiapa saja sekiranya Nabil tidak dapat bersama kita.

“Asalkan rakan hos sama-sama membantu beri kerjasama bagi melancarkan perjalanan program hingga ke akhirnya. Saya okay sahaja. Cuma, saya pun tak pasti akan ada (Ahad ini) atau tidak. Apa-apa pun, kita tunggu nanti,” katanya lagi.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button