Figura

“Isteri Mana Tak Rela Beranak Lagi” – Dr Halina Hamil Anak Ke-7, Netizen Puji Sheikh Muszaphar ‘Tip Top’ Jaga Anak

Siapa tak kenal dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang kerap berkongsi ilmu pengetahuan terutama tips parenting kepada para pengikut di Instagram.

Seronoknya melihat kemeriahan keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina di Instagram milik Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Mana tidaknya, pelbagai keletah dapat dilihat apatah lagi melihat penerimaan Bella, Tasha dan pasangan kembar Adam dan Noah melayan adik kembar mereka, Eusoff dan Emelia.

“Berkahwin pada usia 38 tahun, agak terlewat dari jangkaan awal saya dimana saya meletakkan sasaran untuk berkahwin sebenarnya pada usia 32 tahun,” ujarnya lagi.


Walaupun meletakkan sasaran berkahwin pada usia 32 tahun, namun faktor tugasan dan kerjaya sebagai doktor dan angkasawan membuatkan Dr Sheikh memutuskan untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya sebelum membina keluarga sendiri.

Tak dinafikan memang ramai menjadikan pasangan ibu bapa ini sebagai idola dalam membesarkan anak-anak. Terbaru, pasangan ini dipercayai bakal menimang cahaya mata yang ketujuh.

Berita gembira itu disampaikan Dr Sheikh Muszaphar menerusi satu perkongsian video. Dalam video itu, mereka berbisik sesama sendiri bermula daripada isterinya sehinggalah kepada anak bongsu mereka. Memang jelas nampak teruja masing-masing.

Netizen juga tumpang gembira dan mendoakan semoga kandungan Dr Halina selamat dan sihat. Netizen memuji sikap Dr Sheikh Muszaphar yang ringan tulang bantu isteri menjaga dan mendidik anak. Beranak ramai-ramai pun tak ada masalah kata mereka.

Dr Muszaphar mengakui bukan mudah untuk menguruskan 6 orang anak dan sudah tentu penat, namun baginya sangat berbaloi. Namun, Dr Muszaphar turut menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.

Wah tahniah buat keluarga bahagia ni, semoga Dr Halina dan kandungan sihat sentiasa. Amin.

Kredit: Instagram Sheikh Muszaphar

Sumber: OhMedia, Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button