Viral

“Bukan hanylr ker” – Gadis ini selamba makan fishball, sosej mentah macam kudap2, katanya lebih sedap sebab berjus

TABIAT pelik seorang gadis suka makan bebola ikan mentah meraih tumpuan di media sosial.

Video memaparkan gadis berkenaan yang juga seorang pelajar asyik mengunyah makanan belum dimasak itu dirakam oleh rakannya, Nor Halizah, 19, sebelum dikongsi di TikTok.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Liza menceritakan tabiat aneh rakan sebiliknya sejak setahun lalu, Shuhaida, 19, yang sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

“Waktu tu pukul 1 tengah hari, kami baru saja habis kelas dari pagi. Ada gap sejam untuk kami solat dan berehat sebelum kelas seterusnya bermula.

“Saya memang saja rakam tingkah laku Aida yang asyik makan fishball dari paket plastik sambil main telefon.

“Saya bukanlah pertama kali tengok dia telan mentah macam tu, tapi setiap kali saya tengok reaksi dia… saya tetap rasa pelik,” ujar Liza.

Menurut Liza yang sudah belajar di kelas sama dengan Shuhaida selama tiga semester dalam jurusan Pengurusan Hartanah, rakannya itu sudah mula makan makanan itu secara terus dari paket sejak kecil.

Tambahnya, mereka akan ke pekan berdekatan untuk membeli bebola tersebut namun ia tidaklah dimakan setiap hari sehingga dijadikan makanan rutin.

“Selain bebola, Aida suka makan crabstick dan sosej mentah. Aida mula suka makan makanan mentah tu sejak kecil. Kami (kawan-kawan Aida) tahu yang dia suka makan makanan macam tu sejak masuk semester dua.

“Selalunya dia akan beli dua paket untuk dijadikan kudap-kudapan untuk dimakan macam tu sahaja tapi Aida tak makan setiap hari pun.

Liza (tengah) bersama Aida (kanan) dan rakan sebilik mereka.

“Saya pernah tanya ada beza ke makan mentah dengan sudah dimasak, dia cakap yang mentah rasa lagi sedap sebab ada rasa masin dan berjus berbanding dah dimasak,” kata Liza.

Susulan perkongsian Liza di TikTok, video menunjukkan tabiat pelik rakannya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, itu meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan.

Tipulah kalau tak ada kec4man. Ada orang cakap kotor makan macam tu boleh membahayakan kesihatan sebab kuman.

NOR HALIZAH

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang berpandangan apa yang dilakukan gadis ini sebagai lain daripada yang lain.

Jelas Liza, perkongsiannya itu tidak terlepas daripada komen yang mempertikai dan mengkritik apa yang dilakukan Aida.

“Apabila video tu viral, ramai juga yang tanya kenapa tak basuh atau masak dulu. Dulu pernah juga tanya dia sendiri tak apa ke makan direct dari plastik tu tapi dia cakap okay saja.

Komen beberapa netizen di TikTok.

“Tipulah kalau tak ada kecaman. Ada orang cakap kotor makan macam tu boleh membahayakan kesihatan sebab kuman. Kami hanya terima komen tu dengan baik dan akan ambil pengajaran daripada teguran-teguran tu.

“Daripada apa yang saya tanya dan perhatikan, dia tak mengalami sebarang kesan tak elok macam sakit perut atau muntah-muntah walau makan macam tu. Alhamdulillah dia sihat sahaja,” ujar Liza menutupi kisah.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button