Viral

Mat Vespa jujur pulangkan laptop, duit dalam beg pun tak sentuh… Tauke kafe lega, janji nak belanja makan satu keluarga

DAH la kacak, baik pula tu!

Demikian antara komen netizen berhubung video tular memaparkan seorang pemuda mengembalikan beg bersama laptop milik seorang wanita yang tertinggal di dalam sebuah troli di Melawati Mall pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 malam itu, pemuda dikenali sebagai Shafiq yang turut bekerja di pusat beli-belah berkenaan berjaya mencari nombor telefon pemilik beg sebelum ia dikembalikan pada hari yang sama.

Ibu Diarra berjaya mendapatkan semula beg miliknya atas bantuan Shafiq.

Menurut Diarra yang juga anak kepada pemilik beg berkenaan, keluarganya berterima kasih atas kebaikan Shafiq yang sanggup bersusah-payah demi membantu ibunya.

“Saya ingatkan beg tu hilang sebab mak saya terlupa nak ambil kat troli. Apabila kes dah selesai, mak saya beritahu bahawa staf yang ditugaskan untuk jaga beg tak letakkan beg tu dalam kereta. Mak saya pengusaha kafe dekat mall tu.

“Ada macam-macam kat dalam beg tu seperti laptop, buku cek dan dokumen penting. Masa tu saya ada di rumah. Apabila mak beritahu dalam group, saya terus pergi ke mall. Sebab rumah saya ke mall tak jauh, sekitar lima minit.

Budak motor juga yang bantu. Ramai orang ada persepsi buruk terhadap budak motor.

DIARRA

“Apabila mak saya dah beredar, Shafiq ternampak beg tu dalam troli, dekat tempat naik kereta. Masa tu Melawati Mall pun dah tutup, ” ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Diarra berkata Shafiq cuba menghantar beg itu kepada pihak pengurusan pusat beli-belah, namun pejabat sudah ditutup pada waktu itu.

Shafiq kemudiannya cuba mencari maklumat tentang pemilik beg sebelum menemui kad bisnes milik ibu Diarra yang mengandungi nombor telefonnya.

“Sebelum Shafiq balik, dia pergi bawa beg mak ke management. Tapi management dah tutup sebab dah pukul 10 malam. Jadi dia fikir untuk bawa semula esoknya.

“Apabila balik dia cuba lagi usaha cari contact number. Alhamdulillah dia tejumpa kad yang ada nombor telefon mak saya,” ujar Diarra.

Mengulas video kejadian itu yang tular di aplikasi TikTok, Diarra berkata dia peka dengan segala komen termasuklah yang memuji sikap jujur serta rupa paras Shafiq.

Shafiq bekerja berdekatan kafe milik ibu Diarra.

Menurut Diarra, sikap baik Shafiq boleh mengubah stigma segelintir masyarakat yang kadang-kala memandang rendah terhadap ‘budak motor’ di negara ini.

“Budak motor juga yang bantu. Ramai orang ada persepsi buruk terhadap budak motor. Saya minta mStar highlight supaya orang ramai jangan pandang rendah orang yang naik motor.

“Banyak komen yang cakap ramai orang pandang rendah mat motor. Orang fikir, asal naik motor je mat rempit. Harap dapat bagi kesedaran pada orang ramai.

Komen netizen yang memuji rupa paras serta sikap baik pemuda itu.

“Memang nak benda ni viral. Sebab saya nak kongsi tentang kebaikan Shafiq. Saya juga nak kongsi tentang doa barang hilang yang saya amalkan,” ujar Diarra lagi.

Dalam pada itu, Diara berkata keluarganya turut memberi ganjaran kepada Shafiq dan akan membawanya keluar makan pada Isnin depan.

“Shafiq sebenarnya bekerja di tingkat yang sama dengan kafe mak saya. Lemah lembut dan baik pekerti orangnya.

“InsyaAllah minggu depan hari Isnin, kami nak bawa Shafiq sekeluarga keluar makan,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button