Viral

“Tak payah pasang Cocomelon dekat phone” – Ibu lega pelayan kedai mamak tolong mengasuh, boleh suap roti canai dengan tenang

BAGI golongan ibu bapa, menguruskan anak kecil sewaktu menjamu selera di kedai makan bukanlah satu hal yang mudah.

Kebiasaannya pasangan suami isteri mengambil langkah untuk bergilir-gilir tugasan menjaga anak sekiranya si kecil mula hilang fokus di meja makan dan mula merakam.

Tetapi lain pula kisah dikongsikan eijaaazmi di TikTok apabila dia dan pasangannya boleh menikmati roti canai dengan tenang di restoran Sayed Bistro, Adda Height, Johor.

Salah seorang pekerja kedai mamak mendukung kanak-kanak itu sambil menghantar makanan.

Mana tidaknya, tugas menjaga anak kecilnya diambil alih pelayan kedai mamak berkenaan sewaktu mereka berkunjung ke sana baru-baru ini.

“Mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai,” tulisnya pada ruangan kapsyen video.

Menariknya si kecil itu juga kelihatan selesa ketika didukung salah seorang pelayan sambil berjalan-jalan di sekitar kedai.

Malah anaknya juga menunjukkan reaksi yang begitu baik ketika dikerumuni pelayan kedai yang lain.

Mungkin dia ada anak kecil dekat kampung… rindu agaknya.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pelayan kedai itu kerana sanggup melayan bayi berkenaan ketika ibu bapanya mahu menikmati hidangan dengan tenang.

Bagi Eija sendiri, dia juga berasa senang hati apabila tidak perlu memasang video kartun seperti animasi Cocomelon di YouTube untuk anaknya ketika mereka menjamu selera.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang membuat telahan kemungkinan pekerja restoran mamak itu sedang merindukan anaknya di kampung.

Komen netizen di TikTok.

“Mereka rindu anak-anak di kampung. Sebab tu nampak anak kecil mereka suka layan. Lagi pula budak tu tak menangis… lagi la mereka suka. Terubat sikit rindu dekat anak yang jauh tu.

“Dulu masa anak (masih) kecil macam tu juga. Saya okey saja. Mamak nak sangat dukung, jadi saya bagi saja. Katanya rindu anak perempuan dia dekat Bangladesh.

“Mungkin dia ada anak kecil dekat kampung. Rindu agaknya,” demikian antara komen positif netizen di TikTok.

Netizen turut menyatakan kebimbangan mereka mengenai anak-anak yang dijaga orang asing.

Selain itu, terdapat seorang pelayar mengatakan bahawa si kecil itu adalah Ejen Alicia daripada siri animasi Ejen Ali dalam kehidupan sebenar kerana watak karakter tersebut juga dijaga oleh mamak sejak kecil.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengutarakan kebimbangan sekiranya anak yang dijaga akan hilang.

“Saya takut nak bagi sesiapa sentuh anak. Tak kisahlah siapa pun memang saya tak berani kecuali keluarga terdekat.

“Kalau macam saya serba salah nak bagi. Nak makan tak tenteram. Nanti anak hilang ke… ke saya seorang fikir macam tu,” luah netizen di ruangan komen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button