Viral

Samseng habis! Lelaki main ‘tunjal-tunjal’ kepala pemandu wanita, marah potong di selekoh – “Pec4h muka kau kejap lagi”

VIDEO memaparkan tentang pembuli jalan raya sering kali dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, tular satu video di Facebook memperlihatkan seorang lelaki bertindak samseng apabila memarahi seorang pemandu perempuan yang didakwanya memandu secara berb4haya.

Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki berbadan gempal dan berbaju merah itu keluar dari keretanya dan segera mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis.

Sebaik cermin kereta diturunkan, lelaki berkenaan menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.

“Bawa elok-elok sikit… kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak,” katanya, garang.

Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah keraba memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.

“Kau jangan nak menjawab dengan aku. Kau main nyawa orang. Kau nak kenal aku siapa tak? Lagi kau nak tinggi suara. Line putus-putus b***k kau. Tak nampak ke depan corner (selekoh)? Pecah muka kau kejap lagi,” demikian kata-kata yang dihamburkannya.

Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu.

Video itu dipercayai dirakam oleh penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut, sebelum dimuat naik di Facebook.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.

“Silap aku tak ada dashcam jer. Sepanjang jalan tunjuk isyarat lucah (masa potong aku buka tingkap kiri kanan) jadi abang besar nampak la saya perempuan. Jalan Tapah mana tak ada corner bang?

“Jantan dayus. Ugut, pukvl perempuan. Tak pernah lagi orang main kepala aku bang,” kongsinya.

Sentuh je, memang ke lokaplah kau. Pukvl perempuan berlagak hebat.

NETIZEN

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai abang kepada pemandu wanita tersebut juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali lelaki berbaju merah itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepadanya.

“Mohon sesiapa yang mengenali insan ini minta PM saya. Sebab saya teringin nak kenal siapa dia,” tulisnya di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang berlagak samseng.

Sebahagian daripada komen netizen yang mengecam lelaki berbaju merah.

Malah mereka turut membuat pautan kepada media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Perempuan kau bolehlah tunjuk samseng. Acah-acah ‘kenal tak aku siapa?’.

“Tak sabar nak tahu siapakah dia dan keluarga dia. Kalau dalam dua hari tak kena tangkap, tak tahulah!

“Sentuh je, memang ke lokaplah kau. Pukul perempuan berlagak hebat,” demikian antara komen netizen.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button