Hiburan

‘Yang lain semua malaikat’, – Zul Ariffin

PELAKON Zul Ariffin didend4 RM30,000 selepas mengaku bersalah kerana memuat naik kandungan bersifat sumb4ng di media sosial miliknya pada Mac lalu.

Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertudvhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa.

Zul selaku plaintif diwakili oleh dua orang peguam iaitu Saresh Mahendaren dan Sivaram Prasad.

Pelakon itu hadir di mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi mengenakan sut berwarna kelabu dilihat berada dalam keadaan tenang.

Turut menemani aktor filem Talbis Iblis itu ialah teman baiknya iaitu penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai dan pengurusnya.

Zul tenang hadir ke Mahkamah Sesyen Sepang pada pagi Selasa.

Aktor popular, Zul Ariffin secara sinis menempelak pihak terbabit atas pertudvhan yang dihadapinya.

Menurutnya, dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertudvhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini pada Selasa.

Zul Ariffin berkata, sebagai pelakon dan selebriti, setiap tindak-tanduk akan menerima akibatnya.

“Saya tahu salah saya sebab membuat hantaran,” katanya.

Menurutnya, pertudvhan itu menjadi pengajaran terhadapnya untuk lebih berhati-hati di media sosial.

“Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana.

“Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh,” katanya.

Sebelum ini pelakon itu didakwa memuat naik kandungan video babak panas bersama seorang pelakon bagi tujuan promosi drama berjudul Perempuan Itu di Instagram miliknya.

Perkongsian Zul itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila klip video itu dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang dan keterlaluan.

Babak panas dikongsi Zul Ariffin undang rasa kurang senang netizen.

Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Sinar Harian, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button