Hiburan

Sheila Rusly Kongsi Cara Penyediaan Nasi Lemak Untuk Hidangan Keluarganya Namun Tak Sangka Tervk Kena Slndlr

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly mengumumkan dia dan suami bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah dalam masa yang terdekat ini. Pelakon itu turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke sana.

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi sebuah video yang dikongsikan di akaun Tik Tok milik pelakon itu. Di dalam video tersebut, Sheila Rusly dilihat menyediakan juadah nasi lemak untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir ke rumahnya.

 

 

Orang ramai turut mendoakan perjalanan Sheila Rusly dan suaminya dipermudahkan kali ini. Walaupun hanya sekadar berkongsi video masakannya, ruangan komen video tersebut menerima sindiran dari netizen yang mengkritik cara penyediaan hidangan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kritikan dan teguran terhadap hidangan yang dimasak pelakon itu. Malah mereka juga seolah-olah menjadi juri kepada masakan yang disiapkan ini dengan menegur tentang saiz timun yang dipotong, minyak di dalam sambal dan lain-lain lagi.

“Timun potong tak sama size kenapa sis?”

“Minyak agak terbanyak dalam sambal tu sis.”

“Salah tu, potong telur kena wrap pisau tu dulu baru telur kuning cantik.”

Komen-komen yang ditinggalkan ini difahamkan susulan video Sheila Rusly sebelum ini yang tular apabila dia didakwa melebih-lebih semasa memberikan komen dalam program masakan. Di dalam video tersebut, Sheila Rusly selaku juri dalam program itu telah meninggikan suara kepada salah seorang peserta.

Malah pelakon itu juga turut menerima kec4man hebat selepas dikatakan biadab kerana memaki hamun peserta tersebut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan kredibilitinya dalam bidang masakan.

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button